BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 2, 2011

antara DUIT dan ASET....


Zaman ini zaman inflasi, semua orang boleh beli apa sahaja yang diorang nak. Baju kalau nak diikutkan, setiap hari beli...handphone, dapat je sumber duit, tukar (maklumla, update, nak yang latest je).
Kalau diri mereka tu rasa2 dalam inflasi tu, x pe (duit banyak, suka hati nak beli apa), tapi cano nak koba an orang yang takdo duit dalam dompet / simpanan, tapi pakai nak branded2, handphone nak yang latest...entah la, susah nak dikoba an..

Ni ha cerita pasal wang...

1. Wang bukan segala-galanya, tapi emosi aman kalau dalam poket ada kewangan yang cukup.

2. Kereta nak bawak high level punya kereta, tapi kalau takde duit dalam poket takde maknanya pun. Tapi kalau orang bawak kereta sakai je, duit berkepuk dalam poket, apa-apa je boleh buat, nampak orang minta sedekah pun, tak teragak nak bagi.

3. Kekayaan adalah relatif. Orang berkereta besar dan berumah besar tak semestinya kaya. Mungkin nampak je banyak duit, tapi banyak hutang. Last2 semua kena jual balik alih2 nak bayar hutang.

4. Ada orang berangan nak jadi kaya dan ..."Kalau aku kaya, aku akan sedekah banyak2". Takkan jadi punya kalau takde iman. Bila mula dah rasa duit, kerak nasi pun seboleh-bolehnya nak dikembangkan. Bila duit banyak masuk, nafsu pun 'expand' lah. Dari Myvi tukar ke Honda City, dah tu cam tak best je tukar lagi ke Civic, tak cukup bagus, alih ke Accord lak, pastu BMW, pastu Ferrari, macam2 lagi. Nafsu takkan boleh berhenti. Hakikatnya, bila kerak nasi (duit) membesar, maka cita-cita nak sedekah pun padam.

Kesimpulannya, takyah lah bazir duit untuk beli barang high class ni, bukan tak boleh, boleh tapi kalau dah kayo cam S.M. Faliq dan co...Kalau setakat duit buku pun tak habis bayar (bagi budak U), takyah la mengarut nak pakaai handphone mahal2, baju branded2, tado pehdah ea...

Simpanlah duit untuk...
                                   >1/2 fi sabilillah
                                   >1/2 untuk kegunaan sendiri pada masa depan