BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Inspirational Quotes

There was an error in this gadget

Monday, July 18, 2011

15 things ALLAH won't ask

1. Allah won't ask what kind of car you drove, but

will ask how many people you drove who didn't have

transportation.



2.Allah won't ask what your highest salary was, but

will ask if you compromised your character or morals

to obtain that salary.



3.Allah won't ask the square footage of your house,

but will ask how many people you welcomed into your

home.



4. Allah won't ask about the fancy clothes you had in

your closet, but will ask how many of those clothes

helped the needy.



5 Allah won't ask about your social status, but will

ask what kind of class you displayed.



6. Allah won't ask how many material possessions you

had, but will ask if they dictated your life.



7. Allah won't ask how much overtime you worked, but

will ask if you worked overtime for your family and

loved ones.



8. Allah won't ask how many promotions you received,

but will ask how you promoted others.



9.Allah won't ask what your job title was, but will

ask if you performed your job to the best of your

ability.



10. Allah won't ask what you did to help yourself, but

will ask what you did to help others.



11. Allah won't ask how many friends you had, but will

ask how many people to whom you were a true friend.



12. Allah won't ask what you did to protect your

rights, but will ask what you did to protect the

rights of others.



13. Allah won't ask in what neighborhood you lived,

but will ask how you treated your neighbors.



14. Allah won't ask about the color of your skin, but

will ask about the content of your character.



15. Allah won't ask how many times your deeds matched

your words, but will ask how many times they didn't.

Monday, May 2, 2011

antara DUIT dan ASET....


Zaman ini zaman inflasi, semua orang boleh beli apa sahaja yang diorang nak. Baju kalau nak diikutkan, setiap hari beli...handphone, dapat je sumber duit, tukar (maklumla, update, nak yang latest je).
Kalau diri mereka tu rasa2 dalam inflasi tu, x pe (duit banyak, suka hati nak beli apa), tapi cano nak koba an orang yang takdo duit dalam dompet / simpanan, tapi pakai nak branded2, handphone nak yang latest...entah la, susah nak dikoba an..

Ni ha cerita pasal wang...

1. Wang bukan segala-galanya, tapi emosi aman kalau dalam poket ada kewangan yang cukup.

2. Kereta nak bawak high level punya kereta, tapi kalau takde duit dalam poket takde maknanya pun. Tapi kalau orang bawak kereta sakai je, duit berkepuk dalam poket, apa-apa je boleh buat, nampak orang minta sedekah pun, tak teragak nak bagi.

3. Kekayaan adalah relatif. Orang berkereta besar dan berumah besar tak semestinya kaya. Mungkin nampak je banyak duit, tapi banyak hutang. Last2 semua kena jual balik alih2 nak bayar hutang.

4. Ada orang berangan nak jadi kaya dan ..."Kalau aku kaya, aku akan sedekah banyak2". Takkan jadi punya kalau takde iman. Bila mula dah rasa duit, kerak nasi pun seboleh-bolehnya nak dikembangkan. Bila duit banyak masuk, nafsu pun 'expand' lah. Dari Myvi tukar ke Honda City, dah tu cam tak best je tukar lagi ke Civic, tak cukup bagus, alih ke Accord lak, pastu BMW, pastu Ferrari, macam2 lagi. Nafsu takkan boleh berhenti. Hakikatnya, bila kerak nasi (duit) membesar, maka cita-cita nak sedekah pun padam.

Kesimpulannya, takyah lah bazir duit untuk beli barang high class ni, bukan tak boleh, boleh tapi kalau dah kayo cam S.M. Faliq dan co...Kalau setakat duit buku pun tak habis bayar (bagi budak U), takyah la mengarut nak pakaai handphone mahal2, baju branded2, tado pehdah ea...

Simpanlah duit untuk...
                                   >1/2 fi sabilillah
                                   >1/2 untuk kegunaan sendiri pada masa depan
     

Saturday, December 11, 2010

Tabiat...




Alhamdulillah, dari hari ke hari kita dapat tengok perubahan dalam bilangan jemaah di surau @ masjid. Semakin lama orang mula sedar hati mereka kosong tanpa pengabdian. Mana mungkin apa yang kita miliki tiada pemilik yang abadinya. Mana mungkin apa yang dapat dikecapi tanpa ada yang membri qudrah kepada kita untuk mendapatkan secebis rezeki di muka Bumi ini. Syukur...

Dalam pada kita mengabdikan diri kepadanya, janganlah kita lupa ada hamba lain yang juga sujud kepadaNya di tempat azan dikumandangkan. Tak kisahlah kat surau ke, masjid or even rumah sendiri. Semua ingin menghadapNya dengan khusyu' tanpa sebarang gangguan. Tapi macamana kalau dah dapat hayati makna ayat-aayat yang dibaca ketika solat, tiba-tiba ada pulak bunyi yang potong khusyu'. Dah maki hamun pulak yang keluar dalam hati (kalau bukan kita punya benda yang memekak tu).  Maklumlah, jika kita rasa kita masih dapat khusyu' kalau h/p berdering, tapi bagaimana orang lain. Tu ok lagi kalau berdering macam telefon rumah. Tapi buatnya 'ringtone' tu lagu yang meng'halwakan' telinga, dah lain pulak bacaannya. Tak pasal-pasal amal yang sepatutnya wajib bagi kita lakukan menjadi haram disebabkan gangguan h/p kita yg tak disenyapkan. Tu pasal silent h/p sangat penting ketika waktu solat berjemaah ini.

Bukan masa solat je, tapi masa majlis ilmu, tadarus al-Quran pun kene senyap dari anggota badan sampailah ke alat yang kita bawak sama. Bukan senyap sampai takleh gerak, tapi cukuplah perbuatan kita tak mengganggu majlis tu. Satu adab ketika menuntut ilmu yang ditulis oleh Imam Nawawi dalam kitabnya, al-Bayan adalah senyap ketika guru sedang mengajar. Tapi yang susah 'ditangani' nya adalah orang-orang veteran. Maklumlah dah makan garam dulu. Nak-nak pulak yang menegurnya budak muda, lagilah siap kene marah balik la budak yang menegur tu.

Memanglah, penceramah @ apa-apa je yg tgh ber'kuliah' tu diam tak peduli je. Tapi sape tau dalam hati. Lagipun tulah adab, baru dapat manfaat majlis ilmu tu. 

Bukannya tade yang menegur, tapi bile ditegur buat tak peduli je. Papan tanda peringatan pun dah diletak hampir di setiap surau @ masjid. Kita hidup bersama, bukannya hidup berseorangan.

"Tiada panggilan sepenting seruan Ilahi"

Friday, November 19, 2010

Pedoman @ peringatan.....



Rata-rata orang mengatakan phD adalah ilmu paling tinggi. Maknanya kalau dah sampai phD tu, apa orang lain cakap kita boleh bantah, kiranya dah pandai sangat lah...

Rendah sungguh martabat ilmu itu. Mudah betul manusia menilai ilmu tu (Na'uzubillah min zalik). Apa phD tu dah boleh meng'cover' sume ilmu di dunia ni? Sama sekali tidak. Ilmu Allah tu sebesar-besarnya, tiada perkataan yang dapat mengungkapkan keluasan ilmu Jallajalaluh itu. Subhanallah.

Tapi masih ada yang berasa cukup dengan ilmunya. Bukan hanya tertumpu pada golongan phD sahaja, malahan orang yang belum sampai phD pun dah ego dengan ilmu yang dimilikinya. Masyaallah. Dimana kata pepatah "Semakin berisi semakin tunduk". Ini tidak, ramai yang ego dengan ilmu yang dimilikinya. Tandanya senang sahaja, apabila sesorang itu mendengar sesuatu ilmu, ia mengatakan, "Oh, dah tau dah", "I know it". Senang cite, dah pandai, poyo.

Cuba kita berbalik kepada kisah Imam Syafi'e, yang mana salah seorang guru beliau adalah seorang tukang kasut. Seorang yang masyi dan faqih dalam ilmu dan juga imam mazhab kita pun berguru dengan seorang tukang kasut, sape kita untuk meninggi diri keada siapa pun. Pada zaman kita ni, kalau seorang tukang kasut tu berilmu, nak ke kita pergi belajar dengan mereka? Tanyalah iman sendiri.

Nak ambik pengajaran kat cite ni, seorang ulama' merendah diri untuk menuntut ilmu dengan tukang kasut, walhal kita yang tidak menulis walau satu naskhah buku, nak berlagak sombong bodoh macam dah bagus sangat. Kalau kita menerima nasihat, dengarlah paling tidak kalau tidak mahu mengikut. Ini tak, kalau kene nasihat je, muka kompom lain macam je n macam2 lah dikatakan, tu belum hati lagi.

Susah betul. Nak nak pulak yang menulis ni. Moga-moga Allah memberikan kelembutan hati kepada diri saya terutamanya dan sume umat islam untuk menerima apa sahaja nasihat atau kata-kat yang baik.

Ingatlah kalau nak dikejar pangkat kepelajaran (BA, MA, phD dll), kau akan dapat didunia sahaja. Tak kemana pun. Tapi kalau belajar kerana Allah, insyaAllah akan menjadi berguna didunia dan di akhirat.

Sunday, November 14, 2010

MIND'S CONTEMPLATION

Job my opportunity,
Employer my leader,
Experience my knowledge,
Income my rewards, 
Associates the reservoir of my life.

My mother and father are the graetest friend, 
My brother and my sister are the sweetest companions,
My neighbour the best relative,
Our king, father of nation,
Our prime minister, architect of the nation.

Time my money,
Yesterday my experience,
Tomorrow my adventure,
Today is the first of the day of the rest of my life, 
Now is the time to live.

A.J.Peter

Thursday, September 30, 2010

Khilaf qiraat...

Tersebut kisah mengenai khilaf dalam bacaan al-Quran (Qiraat) dalam hadis Nabawi yang panjang yang mana diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Bukhari,


Diriwayatkan bahawa Saidina Umar Ibn al-Khattab r.a berkata:
Aku mendengar Hisyam Ibn Hizam membaca surah al-Furqan semasa hayat Rasulullah. Aku mendengar bacaannya tiba-tiba berlainan dengan apa yang Rasulullah ajarkan kepadaku. Nyaris-nyaris aku menahannya dalam sembahyang. Aku menunggu sehingga beliau selesai sembahyang. Lalu aku memegang bahunya dan berkata, "Siapakah yang mengajar kamu surah ini?". Beliau menjawab, "Rasulullah yang ajarkan kepadaku".Aku berkata kepadanya, "Kamu dusta, demi Allah sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengajarkan kepadaku surah ini yang aku mendengar kamu membacanya sebentar tadi. Kemudian aku membawanya berjumpa Rasulullah.
Aku berkata, "Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku mendengar orang ini (Hisyam) membaca surah al-Furqan dengan cara bacaan yang tidak kamu ajar kepadaku sedangkan kamu telah ajar kepadaku surah al-Furqan. Sabda Rasulullah, "Lepaskannya wahai Umar, bacalah wahai Hisyam". Lalu aku mendengar Hisyam membaca sebagaimana aku dengar sebentar tadi.Sabda Rasulullah, "Begitulah al-Quran diturunkan". Kemudian Rasullah berkata, "Baca wahai Umar". Lalu aku membacanya. Sabda Rsulullah, "Begitulah ia diturunkan".
Dan Rasulullah bersabda, " al-Quran diturunkan dengan tujuh huruf, maka bacalah kamu yang mudah daripadanya.

Begitulah indahnya dan bermukjizatnya al-Quran, diturunkan dalam tujuh cara bacaan. Subhanallah!!!
Dan khilaf dalam kalangan sahabat itu juga bagus. Mereka terus bertanya kemusykilan kepada Rasulullah. Dan akhirnya, generasi sekarang dapat merasai betapa indahnya kalam Tuhan yang diturun dalam keadaan pelbagai. Tujuh cara bacaan yang dimaksudkan adalah bacaan mengikut imam-imam yang berikut:
  1. Nafi'
  2. Ibn Kathir
  3. Abu 'Amru
  4. Ibn 'Amir
  5. 'Asim (bacaan yang dibaca sekarang)
  6. Hamzah
  7. Kisaie
Wallahu a'lam...

Tuesday, September 28, 2010

2012....true or false?

 
Filem 2012 yg diarahkan Roland Emmerich menggemparkan seluruh dunia. Menjadi tanda tanya buat semua yg menontonnya adakah ia akan berlaku realitinya atau sekadar ilustrasi yg dibuat2 oleh pihak yg ingin memesongkan akidah umat isalam. Sekali lagi filem barat memaparkan kepada kita betapa hebat org2 mereka yg menjadi 'hero' menyelamatkan manusia daripada bencana. Hebat sungguh kan?

Sejarah pembikinan filem ini adalah berdasarkan dua fakta yg dipercayai oleh barat. Pertama, kepercayaan mereka terhadap pendeta terkenal zaman dahulu, Nostradamus. Ianya kerana banyak perkara yg telah diramalnya berlaku pd zaman ini. Contohnya peristiwa tsunami yg melanda asia dan ribut taufan katriona di amerika. Mereka (pengkaji barat) mendakwa bahawa kajian dan ramalan Nostradamus (mengikut sejarah yg dijumpai), adalah sangat tepat. Para pengkaji barat juga menggelarkannya pendeta misteri dek kerana ketepatan fakta yg diramalnya. Mungkin fakta ini disorokkan bag mengelirukan masyarakat awam dan meletakkan fakta kedua sebagai bukti yg kukuh.

Fakta yg kedua adalah kepercayaan dan peramalan oleh kaum Maya. Fakta ini dijadikan hujah oleh pembikin filem ini. Kaum Maya mempercayai penutup atau pengakhiran hidup manusia adalah pada 17 Mei 2012. Di samping beberapa ramalan yg dibuat oleh kaum mereka. Pengkaji barat mempercayai dan meyakini ketepatan kepercayaan dan ramalan kaum Maya ini adalah kerana berdasarkan bencana alam sedikit demi sedikit yg berlaku. Dan pengakhiran bencana alam ini adalah pada 2012 nanti. Justeru, mereka mengisytiharkan bahawa pegkaji dari kaum Maya adalah yg terhebat.

Satu persoalan timbul, mengapa mereka tidak meletakkan fakta yg telah ada dalam Al-Quran sebagai hujah, walhal semua perkara ini telah mereka (pengkaji barat) kaji? Terdapat banyak ayat Al-Quran menggambarkan pelbagai peristiwa yg telah berlaku. Ini semua kerana taktik mereka untuk mengelirukan masyarakat yg 'kosong' pengetahuan agama dalam diri mereka.

Seperti yg kita perhatikan, ada pengkaji dan saintis barat yg memeluk islam setelah mendapati ketepatan fakta yg terdapat dalam Al-Quran. Semua berdasarkan hidayah la, hidayah Allah x semua org dpt. But, yg tak dpt hidayah tula yg cuba merosakkan islam. So berhati-hatilah.

Berdasarkan dua fakta ini, mungkin ada org yg mempercayai dan ada yg tak. Semuanya berdasarkan keimanan yg berada di lubuk hati. Setakat mana kepercayaan yg kita letakkan kepada Allah? Selekap mana keimanan terhadap qadha' dan qadar Allah?