Friday, November 19, 2010
Pedoman @ peringatan.....
Rata-rata orang mengatakan phD adalah ilmu paling tinggi. Maknanya kalau dah sampai phD tu, apa orang lain cakap kita boleh bantah, kiranya dah pandai sangat lah...
Rendah sungguh martabat ilmu itu. Mudah betul manusia menilai ilmu tu (Na'uzubillah min zalik). Apa phD tu dah boleh meng'cover' sume ilmu di dunia ni? Sama sekali tidak. Ilmu Allah tu sebesar-besarnya, tiada perkataan yang dapat mengungkapkan keluasan ilmu Jallajalaluh itu. Subhanallah.
Tapi masih ada yang berasa cukup dengan ilmunya. Bukan hanya tertumpu pada golongan phD sahaja, malahan orang yang belum sampai phD pun dah ego dengan ilmu yang dimilikinya. Masyaallah. Dimana kata pepatah "Semakin berisi semakin tunduk". Ini tidak, ramai yang ego dengan ilmu yang dimilikinya. Tandanya senang sahaja, apabila sesorang itu mendengar sesuatu ilmu, ia mengatakan, "Oh, dah tau dah", "I know it". Senang cite, dah pandai, poyo.
Cuba kita berbalik kepada kisah Imam Syafi'e, yang mana salah seorang guru beliau adalah seorang tukang kasut. Seorang yang masyi dan faqih dalam ilmu dan juga imam mazhab kita pun berguru dengan seorang tukang kasut, sape kita untuk meninggi diri keada siapa pun. Pada zaman kita ni, kalau seorang tukang kasut tu berilmu, nak ke kita pergi belajar dengan mereka? Tanyalah iman sendiri.
Nak ambik pengajaran kat cite ni, seorang ulama' merendah diri untuk menuntut ilmu dengan tukang kasut, walhal kita yang tidak menulis walau satu naskhah buku, nak berlagak sombong bodoh macam dah bagus sangat. Kalau kita menerima nasihat, dengarlah paling tidak kalau tidak mahu mengikut. Ini tak, kalau kene nasihat je, muka kompom lain macam je n macam2 lah dikatakan, tu belum hati lagi.
Susah betul. Nak nak pulak yang menulis ni. Moga-moga Allah memberikan kelembutan hati kepada diri saya terutamanya dan sume umat islam untuk menerima apa sahaja nasihat atau kata-kat yang baik.
Ingatlah kalau nak dikejar pangkat kepelajaran (BA, MA, phD dll), kau akan dapat didunia sahaja. Tak kemana pun. Tapi kalau belajar kerana Allah, insyaAllah akan menjadi berguna didunia dan di akhirat.
Posted by Sir Khairul at 11:17 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment