BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 30, 2010

Smile for You


Smiling is infectious, you catch it like the flu,
When someone smiled at me today, I started smiling to.

I passed around the corner and someone saw my grin,
When he smiled I realized I'd passed it on to him.

I thought about that smile then I realized it worth,
A single smile, just like mine could travel round the earth.

So, if you feel a smile begin, don't leave it undetected,
Let's start an epidemic quick, and get the world infected!

Keep the smile going by sending this on to a friend.

Everyone needs a smile!!!

Friday, January 29, 2010

"Bagi la 'chance' kt diorang"


"Sedihnya," itu je yang mampu saya ucapkan bila tengok 'movie' cina tadi. Walaupun filem aksi, tapi penuh dengan pengajaran. Kita tengok satu2 cite atau apepun lah, biarlah kita cari pengajaran n nilai moral yang ada dlm cite tu. Jangan kita mengandai dlu sesuatu sebelum tau isinya. Takpelah tengok cite cina skalipun, janji kita dapat msj die. Ini tak, org fikir kita tengok cite tu kita sokong diorang. Kolotnya pemikiran org2 macam ni.

Saya sedih tengok cite tu pasal orang nak berubah x dibagi peluang langsung. Die bekas kongsi gelap yang digeruni ramai. Tapi lepas keluar drpd penjara, die taubat drpd keje2 dlu. Die mulakan hidup baru sebagai orang yang baik. Die sedaya-upaya jadi baik. Perniagaan dadah die dulu dah ditukar dengan pelaburan kat rumah-rumah kebajikan orang tua.

Ada satu kes cubaan untuk mengebom balai polis. Pada kad tu tertulis name die. Die telah diperangkap oleh samseng baru. Die nak selamatkan orang tu sebab bdk tu mcm die sms jahat. Tengok2 bdk tu perangkap die balik. Tapi polis suspek die yang buat, sebab polis x caya die dah berubah.

Yang saya nak sentuh kat sini adalah 'surrounding' memainkan peranan penting untuk berubah. Orang nak berubah sepatutnya kita bimbing die, tunjuk ajar die, bukan 'pressure' die. Sebagaimana watak seorang polis yang x caya bekas kongsi gelap itu dah berubah. Last2, die yang bantu polis tangkap samseng tu sampai terkorban.

Kalau kita jadi macam watak bekas kongsi gelap tuh, cane perasaan kita ha? Tahan ke kita? Silap2 kita kembali kepada kegelapan semula. Memang la, bekas kongsi gelap jadi baik, sape nak caye. Tapi ingatlah Rasulullah dah cakap tak semestinya orang yang hidupnya beriman, mati pun beriman dan tidak semestinya orang yang hidupnya kafir, mati dalam kafir. Sesungguhnya siapa yang mengucapkan syahadah ketika hendak mati, wajib syurga baginya. Rasulullah pun dah bagi tau.

Kita jangan sangka kita ni baik sangat disebabkan kita ni tak masuk penjara. Orang yang masuk penjara tu Allah tunjukkan keslahan die, manakala kita ni Allah tutup keaiban kita, moga2 kita akan berubah n bertaubat. Jangan rasa kita ni dah cukup baik dalam setiap aspek. Sentiasalah beranggapan bahawa ada orang yang lebih baik daripada kita. Dalam bab menolong orang untuk berubah, kita perlu bagi sokongan dan dokongan kepada mereka untuk berubah, bukan merendah-rendahkan mereka.

Jika kita tengok masyarakat hari ini, ramai yang jadi batu penghalang seseorang untuk berubah. "Poyo la ko", "bajet lak ai budak ni". Itulah ayat yang selalu keluar drpd mulut-mulut yang busuk ni. Mereka ini bukannya kawan, tapi musuh dalam selimut. Yelah kita nak berubah, pahal diorang pulak yang sibuk.

Tengok la sekarang, orang yang berubah lagi bagus drpd orang yang sediakala baik. Contohnya, mualaf lagi bagus drpd muslim tulen. Ramai mualaf yang masuk islam menjadi lebih baik daripada kita yang sudah terang2 islam. Diorang ni ada kesedaran untuk berubah daripada kegelapan kepada cahaya islam. Kita yang sememangnya islam, merasakan kita lebih bagus daripada mereka, sedangkan tindakan kita amat jauh daripada apa yang islam anjurkan.


Tentera Subuh yang tiada bandingannya


"Orang islam tidak akan dapat menewaskan kami (bangsa yahudi) seandainya jemaah solat subuh kamu tidak seperti ketika solat jumaat," begitulah ucapan seorang pendeta bangsa yahudi.

Sungguh dahsyat aura dan kekuatan orang yang berjemaah di pagi hari, ketika orang lain asyik dengan selimutnya di atas tilam beralaskan bantal yang empuk. Mahu tidaknya, mereka ini sanggup mengorbankan tidurnya demi mengabdikan diri mereka untuk Raja bagi semua raja di dunia ini. Bahkan jika ditambahkan dengan solat sunat sebelumnya, merekalah orang yang paling hebat di muka bumi ini. Jihad yang paling besar sekali adalah jihad melawan nafsu melebihi segala jenis jihad.

Sabda Rasulullah, "Barangsiapa yang bersolat sunat sebelum Subuh (Rawatib), pahalanya adalah sama seperti mereka yang bangun malam (iaitu orang yang mengerjakan solat tahajjud di malam hari)".

Jika semua orang menghayati dengan hati dan nurani seorang insan yang bergelar hamba kepada Tuhan yang Maha Esa dan pengikut setia Rasulullah, pasti kita semua tidak akan berani dikacau oleh musuh-musuh Allah lagi, bahkan mereka akan tunduk di tangan kita dengan mudah sekali. Tentera panglima islam yang agung, Salahudin Al-Ayubi menjamin kekuatan tenteranya dengan bangun di malam hari beserta solat subuh berjemaah.

Mengikut keutamaan solat berjemaah pula, solat subuh berada di 'ranking' pertama dalam senarai solat fardhu, diikuti solat isya', asar, zohor, dan seterusnya maghrib. Ini kerana solat subuh memerlukan pengorbanan seseorang untuk melawan nafsu tidurnya. Jika kita melihat keadaan hari, surau dan masjid kebanyakannya dipenuhi ketika solat apa? Ketika solat maghrib orang ramai di masjid atau surau ini, sedangkan kalau mengikut 'ranking' keutamaan solat maghrib adalah yang paling akhir sekali. Bukan nak dibanding-bandingkan solat-solat fardhu ini, tapi nak menunjukkan betapa pentingnya jemaah solat subuh bagi menjamin kekuatan umat islam di zaman umat islam ketika ini dengan mudah dipijak-pijak oleh musuh-musuh Allah.

Jika tidak percaya, praktikkanlah, pasti kamu semua akan merasainya kehebatan solat subuh ini. Cuba bayangkan kalau permulaan hidup kita dalam hari itu dimulai dengan mengahadirkan diri dalam rumah Allah, betapa Allah akan mempermudahkan hidupnya pada hari itu. Terdapat keberkatan pada orang yang menunaikan solat subuh berjemaah di rumah Allah ini. Sebagai tambahan, jika kita hendak membuat doa selamat atau tahlil dan sebagainya, jemputlah orang yang solat subuh berjemaah ini. Bahakan elok lagi jika kita buatnya selepas solat subuh. Ini kerana keberkatan orang yang bersolat subuh itu.

Untuk menjamin umat islam yang kuat dan bertamadun semula adalah bermula dengan jemaah subuh. Jika kita inginkan agama kita bangkit semula, binalah ia kembali dengan solat subuh.

"Wahai umat Muhammad, bangunlah kamu semua daripada mimpi dunia yang penuh dengan tipu daya ini. Jadilah orang yang disayangi Rasulullah, bukan orang yang dibenci oleh Baginda"

Thursday, January 28, 2010

Susah ke nak jujur?



Takyah lah pergi jauh-jauh untuk menilai tentang sifat jujur ini. Diri kita pun boleh dijadikan bahan 'eksperimen' untuk analisis benda ni.

Kadang-kadang kita merasakn menipu itu baik untuk sesuatu keadaan, tapi jika kita tahu ape disebalik kejujuran, tentu kita takkan nak untuk cuba-cuba menipu, tak kiralah mak, ayah, adik-beradik, kawan, yang besar ke yang kecik ke... Sebab kalau kita telusuri ape yang Nabi ucapkan bahawa menipu itu adalah satu daripada sifat munafik, mesti kita tak ingin nak menipu.

Sebenarnya banyak bahananya kalau kita menipu ni, walaupun dari luarannya kita dapat kesan positif daripada menipu tu, tapi percayalah keselesaan yang kita dapat hasil daripada menipu tu takkan berpanjangan. Yelah perbuatan tu adalah larangan Allah...

Cube kita tengok kalau kita jujur setiap masa walaupun akibat kita jujur tu akan datangkan keburukan kepada kita, tapi tidakkah kita meyakini sifat Rasulullah itu sentiasa ada kebaikannya? Yakinlah jika kita praktikkan sifat2 Rasulullah nescaya kita akan menjadi ampuh daripada apepun serangan tak kira mental ataupun fizikal.

So, what the point is menipu ni membahayakan kesihatan. Kesihatan ni ada banyak. Kesihatan fizikal, mental dan juga rohani. Cukup ke kita sekadar sihat dek minda kita je, atau pun badan kita je? Dari pandangan orang mungkin bagus, tp diri kita sendiri takkan menerima hakikat kebahagiaan klu xde ketenangan rohani (orang selalu cakap ketenangan jiwa tapi tukar la). Menipu ni mmg berkait rapat sangat dengan ketenangan rohani ni.

Cuba kita bayangkan.......

Apabila otak dan hati kita tidak sehaluan, apa akan jadi? Hati selalu memikirkan perkara yang baik (positif la), tapi otak? Kalau seorang manusia itu dikawal oleh hatinya mungkin tidak akan terjadi keresahan ni. Tapi kalau otak dah dikawal nafsu, apa akan jadi? Tu yang jadinya, apa orang selalu kata tuh... tidur x lena, makan x kenyang, mandi x basah (ada ke patut mandi x basah, tipu la).

Antara sebabnya kita menipu la. Kita tipu orang (apa perkataan lain selain tipu?), x mungkin kita rasa senang. Sebab kita bagi tau kat orang bende yang badan kita x buat. Anggota badan kita pun 'report' kat hati. Hati pun memberontak la. Bila hati dah memberontak, tu la yg sy ckp td.

Macam-macam dunia ni. Indah kalau kita telusurinya seperti Rasulullah, tetapi menjadi hina jika kita mengikut yang sebaliknya...

Bersempena maulid nabi ni, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda dan sahabat2 .

ALLAHUMA SHOLLI 'ALA SAIDINA AL MUSTOFA
WA 'ALA ALIHI WA SAHIBIHI AJMA'IN....










Wednesday, January 27, 2010

Andaiku Pergi - Mirwana


Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNYA

Andaiku pergi kasih
Tinggalkan dirimu sendiri
Usah kau sedih usah tangisi
Duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNYA

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria senyum manja
Kisah kita menghapus resah
Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
jangan kau titiskan airmata

pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Andaiku pergi kasih
Tinggalkan dirimu sendiri
Usah kau sedih usah tangisi
Duga dari Ilahi

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu Kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringku menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau Satu
Memiliki cintaku
Kuserah segala kepadaMu

An Apple Tree Story


There was a huge apple tree. A little boy loved to come and playaround it everyday. He climbed to the tree top, ate the apples, took a nap under the shadow...
He loved the tree and the tree loved to play with him. Time went by, the little boy had grown up and he no longer played around the tree everyday

One day, the boy came back to the tree and he looked sad. "Come and play with me," the tree asked the boy. "I'm no longer a kid, I don't play around trees anymore," the boy replied. "I want toys. I need money to buy them,"

"Sorry, I don't have money, but you can pick all my apples and sell them. So, you will have money to buy it."

The boy so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The boy never came back after he picked the apples. The tree was sad.

One day, the boy returned and the tree was so excited. "Come and play with me," the tree said.

"I don't have atime to play. I have to work for my own family. We need house for shelter. Can you help me?"

"Sorry, I don't have a house. But You can chop off my branches to build your own house."
So the boy cut all the branches of the tree and left happily. The tree was glad to see him happy but the boy never came back since then. The tree was again lonely and sad...

One hot summer, the boy returend and the tree was delighted.

"Come and play with me!" the tree said.
"I'm sad and getting old. Iwant to go sailing to relax myself. Can you give me a boat?"

"Use my truck to build your boat. You can sail far away and be happy."
So the boat cut the truck to make a boat. He went sailing and never showned up for along time.

Finally, the boy returned after he left so many years.

"Sorry, my boy. But I don't have anything for you anymore. No more apples for you..." the tree said.

"I don't have teeth to bite,"

"No more truck for you to climb on,"

"i'm to old for that now."

" I really can't give you anything, the only thing i have is my dying roots" the tree said with tears.

"I don't much much now, just a place to rest. I'm tired after all these years." the boy replied.

"Good! Old tree root is the best place to lean on and rest. Come, come sit down with me and rest."

The boy sat down and the tree was glad and smiled with tears....

This is a story of everyone. The tree is our parent. When we were young, we loved to play with Mom and Dad...

When we grown up, we left them, only came to them when we are in trouble.

No matter, parents will always be there and give everything they could to make you happy.

You may thing the boy is cruel to the tree but that's how all of us are treating our parent.

Think it rightly...


Tuesday, January 26, 2010

kucing - manusia - Tuhan???


Sampai kat rumah, sume kucing aku 'serbu' aku..."nak makan la tuh...". Macam biasa jalanlah aku ke tepi rumah nak bagi makan kucing. Tengah-tengah bagi makan kucing, ada sekor yg tengok dari tepi tang tadi lagi. Apasal la die takut sedangkan aku ni tuan die sendiri, sejak die br lahir aku bela die, bagi makan dah...Nape?

Sedang aku leka memandang sekeliling, tiba-tiba hati aku berkata,"camtulah kau dengan Tuan kau,"
Kenapa? Apa kaitan dengan Allah pulak?

Aku sayang sangat kat sekor kucing aku nih. Tiap kali aku datang dan peluk die, tak pernah nak lari pun. Tp yg sekor lg nih buat aku benci je. Mintak makanan kat org, tp tak nak dekat ngan kita, apelah. oooh... baru aku perasan.

Allah dah bagi kita macam-macam tapi kita seringkali lari daripadaNYA. Macam tulah kucing yang aku benci tuh. Kita nak dekat kat die, tp die pulak lari dr kita. Jika kita asik lari drpd Allah, maka ingatlah bahawa kita semakin jauh drpdNYA. Maksudnya...dekatkanlah diri kepada Allah. Kalau dah dapat rezeki, sepatutnya bertambah dekat kita dengan Allah. Ini tak makin ber'kepuk' duit, makin 'poyo' kita ngan Allah. Ni ape cite, tu rezeki tu sape yg bg? Ingat kita ni klu tak bersyukur, lebih kurang je dengan kucing...

Cube jd kucing yg manja, baik dgn tuan. Gerenti akan menjadi kucing kesayangan tuan punya. Silap2 blh msk rmh tuan die, tdo dlm rmh. Kalau kita boleh 'translate' kan situasi ini dlm khdpn kita, InsyaAllah makin dekat kita dekat Allah.

Moga2 kita sentiasa berada dlm naungan dan rahmat Allah.
Add Video
Add Image