BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 28, 2010

Susah ke nak jujur?



Takyah lah pergi jauh-jauh untuk menilai tentang sifat jujur ini. Diri kita pun boleh dijadikan bahan 'eksperimen' untuk analisis benda ni.

Kadang-kadang kita merasakn menipu itu baik untuk sesuatu keadaan, tapi jika kita tahu ape disebalik kejujuran, tentu kita takkan nak untuk cuba-cuba menipu, tak kiralah mak, ayah, adik-beradik, kawan, yang besar ke yang kecik ke... Sebab kalau kita telusuri ape yang Nabi ucapkan bahawa menipu itu adalah satu daripada sifat munafik, mesti kita tak ingin nak menipu.

Sebenarnya banyak bahananya kalau kita menipu ni, walaupun dari luarannya kita dapat kesan positif daripada menipu tu, tapi percayalah keselesaan yang kita dapat hasil daripada menipu tu takkan berpanjangan. Yelah perbuatan tu adalah larangan Allah...

Cube kita tengok kalau kita jujur setiap masa walaupun akibat kita jujur tu akan datangkan keburukan kepada kita, tapi tidakkah kita meyakini sifat Rasulullah itu sentiasa ada kebaikannya? Yakinlah jika kita praktikkan sifat2 Rasulullah nescaya kita akan menjadi ampuh daripada apepun serangan tak kira mental ataupun fizikal.

So, what the point is menipu ni membahayakan kesihatan. Kesihatan ni ada banyak. Kesihatan fizikal, mental dan juga rohani. Cukup ke kita sekadar sihat dek minda kita je, atau pun badan kita je? Dari pandangan orang mungkin bagus, tp diri kita sendiri takkan menerima hakikat kebahagiaan klu xde ketenangan rohani (orang selalu cakap ketenangan jiwa tapi tukar la). Menipu ni mmg berkait rapat sangat dengan ketenangan rohani ni.

Cuba kita bayangkan.......

Apabila otak dan hati kita tidak sehaluan, apa akan jadi? Hati selalu memikirkan perkara yang baik (positif la), tapi otak? Kalau seorang manusia itu dikawal oleh hatinya mungkin tidak akan terjadi keresahan ni. Tapi kalau otak dah dikawal nafsu, apa akan jadi? Tu yang jadinya, apa orang selalu kata tuh... tidur x lena, makan x kenyang, mandi x basah (ada ke patut mandi x basah, tipu la).

Antara sebabnya kita menipu la. Kita tipu orang (apa perkataan lain selain tipu?), x mungkin kita rasa senang. Sebab kita bagi tau kat orang bende yang badan kita x buat. Anggota badan kita pun 'report' kat hati. Hati pun memberontak la. Bila hati dah memberontak, tu la yg sy ckp td.

Macam-macam dunia ni. Indah kalau kita telusurinya seperti Rasulullah, tetapi menjadi hina jika kita mengikut yang sebaliknya...

Bersempena maulid nabi ni, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda dan sahabat2 .

ALLAHUMA SHOLLI 'ALA SAIDINA AL MUSTOFA
WA 'ALA ALIHI WA SAHIBIHI AJMA'IN....










0 comments: