BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 29, 2010

"Bagi la 'chance' kt diorang"


"Sedihnya," itu je yang mampu saya ucapkan bila tengok 'movie' cina tadi. Walaupun filem aksi, tapi penuh dengan pengajaran. Kita tengok satu2 cite atau apepun lah, biarlah kita cari pengajaran n nilai moral yang ada dlm cite tu. Jangan kita mengandai dlu sesuatu sebelum tau isinya. Takpelah tengok cite cina skalipun, janji kita dapat msj die. Ini tak, org fikir kita tengok cite tu kita sokong diorang. Kolotnya pemikiran org2 macam ni.

Saya sedih tengok cite tu pasal orang nak berubah x dibagi peluang langsung. Die bekas kongsi gelap yang digeruni ramai. Tapi lepas keluar drpd penjara, die taubat drpd keje2 dlu. Die mulakan hidup baru sebagai orang yang baik. Die sedaya-upaya jadi baik. Perniagaan dadah die dulu dah ditukar dengan pelaburan kat rumah-rumah kebajikan orang tua.

Ada satu kes cubaan untuk mengebom balai polis. Pada kad tu tertulis name die. Die telah diperangkap oleh samseng baru. Die nak selamatkan orang tu sebab bdk tu mcm die sms jahat. Tengok2 bdk tu perangkap die balik. Tapi polis suspek die yang buat, sebab polis x caya die dah berubah.

Yang saya nak sentuh kat sini adalah 'surrounding' memainkan peranan penting untuk berubah. Orang nak berubah sepatutnya kita bimbing die, tunjuk ajar die, bukan 'pressure' die. Sebagaimana watak seorang polis yang x caya bekas kongsi gelap itu dah berubah. Last2, die yang bantu polis tangkap samseng tu sampai terkorban.

Kalau kita jadi macam watak bekas kongsi gelap tuh, cane perasaan kita ha? Tahan ke kita? Silap2 kita kembali kepada kegelapan semula. Memang la, bekas kongsi gelap jadi baik, sape nak caye. Tapi ingatlah Rasulullah dah cakap tak semestinya orang yang hidupnya beriman, mati pun beriman dan tidak semestinya orang yang hidupnya kafir, mati dalam kafir. Sesungguhnya siapa yang mengucapkan syahadah ketika hendak mati, wajib syurga baginya. Rasulullah pun dah bagi tau.

Kita jangan sangka kita ni baik sangat disebabkan kita ni tak masuk penjara. Orang yang masuk penjara tu Allah tunjukkan keslahan die, manakala kita ni Allah tutup keaiban kita, moga2 kita akan berubah n bertaubat. Jangan rasa kita ni dah cukup baik dalam setiap aspek. Sentiasalah beranggapan bahawa ada orang yang lebih baik daripada kita. Dalam bab menolong orang untuk berubah, kita perlu bagi sokongan dan dokongan kepada mereka untuk berubah, bukan merendah-rendahkan mereka.

Jika kita tengok masyarakat hari ini, ramai yang jadi batu penghalang seseorang untuk berubah. "Poyo la ko", "bajet lak ai budak ni". Itulah ayat yang selalu keluar drpd mulut-mulut yang busuk ni. Mereka ini bukannya kawan, tapi musuh dalam selimut. Yelah kita nak berubah, pahal diorang pulak yang sibuk.

Tengok la sekarang, orang yang berubah lagi bagus drpd orang yang sediakala baik. Contohnya, mualaf lagi bagus drpd muslim tulen. Ramai mualaf yang masuk islam menjadi lebih baik daripada kita yang sudah terang2 islam. Diorang ni ada kesedaran untuk berubah daripada kegelapan kepada cahaya islam. Kita yang sememangnya islam, merasakan kita lebih bagus daripada mereka, sedangkan tindakan kita amat jauh daripada apa yang islam anjurkan.


0 comments: