BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 30, 2010

Khilaf qiraat...

Tersebut kisah mengenai khilaf dalam bacaan al-Quran (Qiraat) dalam hadis Nabawi yang panjang yang mana diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Bukhari,


Diriwayatkan bahawa Saidina Umar Ibn al-Khattab r.a berkata:
Aku mendengar Hisyam Ibn Hizam membaca surah al-Furqan semasa hayat Rasulullah. Aku mendengar bacaannya tiba-tiba berlainan dengan apa yang Rasulullah ajarkan kepadaku. Nyaris-nyaris aku menahannya dalam sembahyang. Aku menunggu sehingga beliau selesai sembahyang. Lalu aku memegang bahunya dan berkata, "Siapakah yang mengajar kamu surah ini?". Beliau menjawab, "Rasulullah yang ajarkan kepadaku".Aku berkata kepadanya, "Kamu dusta, demi Allah sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengajarkan kepadaku surah ini yang aku mendengar kamu membacanya sebentar tadi. Kemudian aku membawanya berjumpa Rasulullah.
Aku berkata, "Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku mendengar orang ini (Hisyam) membaca surah al-Furqan dengan cara bacaan yang tidak kamu ajar kepadaku sedangkan kamu telah ajar kepadaku surah al-Furqan. Sabda Rasulullah, "Lepaskannya wahai Umar, bacalah wahai Hisyam". Lalu aku mendengar Hisyam membaca sebagaimana aku dengar sebentar tadi.Sabda Rasulullah, "Begitulah al-Quran diturunkan". Kemudian Rasullah berkata, "Baca wahai Umar". Lalu aku membacanya. Sabda Rsulullah, "Begitulah ia diturunkan".
Dan Rasulullah bersabda, " al-Quran diturunkan dengan tujuh huruf, maka bacalah kamu yang mudah daripadanya.

Begitulah indahnya dan bermukjizatnya al-Quran, diturunkan dalam tujuh cara bacaan. Subhanallah!!!
Dan khilaf dalam kalangan sahabat itu juga bagus. Mereka terus bertanya kemusykilan kepada Rasulullah. Dan akhirnya, generasi sekarang dapat merasai betapa indahnya kalam Tuhan yang diturun dalam keadaan pelbagai. Tujuh cara bacaan yang dimaksudkan adalah bacaan mengikut imam-imam yang berikut:
  1. Nafi'
  2. Ibn Kathir
  3. Abu 'Amru
  4. Ibn 'Amir
  5. 'Asim (bacaan yang dibaca sekarang)
  6. Hamzah
  7. Kisaie
Wallahu a'lam...

0 comments: