BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 30, 2010

Khilaf qiraat...

Tersebut kisah mengenai khilaf dalam bacaan al-Quran (Qiraat) dalam hadis Nabawi yang panjang yang mana diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Bukhari,


Diriwayatkan bahawa Saidina Umar Ibn al-Khattab r.a berkata:
Aku mendengar Hisyam Ibn Hizam membaca surah al-Furqan semasa hayat Rasulullah. Aku mendengar bacaannya tiba-tiba berlainan dengan apa yang Rasulullah ajarkan kepadaku. Nyaris-nyaris aku menahannya dalam sembahyang. Aku menunggu sehingga beliau selesai sembahyang. Lalu aku memegang bahunya dan berkata, "Siapakah yang mengajar kamu surah ini?". Beliau menjawab, "Rasulullah yang ajarkan kepadaku".Aku berkata kepadanya, "Kamu dusta, demi Allah sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengajarkan kepadaku surah ini yang aku mendengar kamu membacanya sebentar tadi. Kemudian aku membawanya berjumpa Rasulullah.
Aku berkata, "Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku mendengar orang ini (Hisyam) membaca surah al-Furqan dengan cara bacaan yang tidak kamu ajar kepadaku sedangkan kamu telah ajar kepadaku surah al-Furqan. Sabda Rasulullah, "Lepaskannya wahai Umar, bacalah wahai Hisyam". Lalu aku mendengar Hisyam membaca sebagaimana aku dengar sebentar tadi.Sabda Rasulullah, "Begitulah al-Quran diturunkan". Kemudian Rasullah berkata, "Baca wahai Umar". Lalu aku membacanya. Sabda Rsulullah, "Begitulah ia diturunkan".
Dan Rasulullah bersabda, " al-Quran diturunkan dengan tujuh huruf, maka bacalah kamu yang mudah daripadanya.

Begitulah indahnya dan bermukjizatnya al-Quran, diturunkan dalam tujuh cara bacaan. Subhanallah!!!
Dan khilaf dalam kalangan sahabat itu juga bagus. Mereka terus bertanya kemusykilan kepada Rasulullah. Dan akhirnya, generasi sekarang dapat merasai betapa indahnya kalam Tuhan yang diturun dalam keadaan pelbagai. Tujuh cara bacaan yang dimaksudkan adalah bacaan mengikut imam-imam yang berikut:
  1. Nafi'
  2. Ibn Kathir
  3. Abu 'Amru
  4. Ibn 'Amir
  5. 'Asim (bacaan yang dibaca sekarang)
  6. Hamzah
  7. Kisaie
Wallahu a'lam...

Tuesday, September 28, 2010

2012....true or false?

 
Filem 2012 yg diarahkan Roland Emmerich menggemparkan seluruh dunia. Menjadi tanda tanya buat semua yg menontonnya adakah ia akan berlaku realitinya atau sekadar ilustrasi yg dibuat2 oleh pihak yg ingin memesongkan akidah umat isalam. Sekali lagi filem barat memaparkan kepada kita betapa hebat org2 mereka yg menjadi 'hero' menyelamatkan manusia daripada bencana. Hebat sungguh kan?

Sejarah pembikinan filem ini adalah berdasarkan dua fakta yg dipercayai oleh barat. Pertama, kepercayaan mereka terhadap pendeta terkenal zaman dahulu, Nostradamus. Ianya kerana banyak perkara yg telah diramalnya berlaku pd zaman ini. Contohnya peristiwa tsunami yg melanda asia dan ribut taufan katriona di amerika. Mereka (pengkaji barat) mendakwa bahawa kajian dan ramalan Nostradamus (mengikut sejarah yg dijumpai), adalah sangat tepat. Para pengkaji barat juga menggelarkannya pendeta misteri dek kerana ketepatan fakta yg diramalnya. Mungkin fakta ini disorokkan bag mengelirukan masyarakat awam dan meletakkan fakta kedua sebagai bukti yg kukuh.

Fakta yg kedua adalah kepercayaan dan peramalan oleh kaum Maya. Fakta ini dijadikan hujah oleh pembikin filem ini. Kaum Maya mempercayai penutup atau pengakhiran hidup manusia adalah pada 17 Mei 2012. Di samping beberapa ramalan yg dibuat oleh kaum mereka. Pengkaji barat mempercayai dan meyakini ketepatan kepercayaan dan ramalan kaum Maya ini adalah kerana berdasarkan bencana alam sedikit demi sedikit yg berlaku. Dan pengakhiran bencana alam ini adalah pada 2012 nanti. Justeru, mereka mengisytiharkan bahawa pegkaji dari kaum Maya adalah yg terhebat.

Satu persoalan timbul, mengapa mereka tidak meletakkan fakta yg telah ada dalam Al-Quran sebagai hujah, walhal semua perkara ini telah mereka (pengkaji barat) kaji? Terdapat banyak ayat Al-Quran menggambarkan pelbagai peristiwa yg telah berlaku. Ini semua kerana taktik mereka untuk mengelirukan masyarakat yg 'kosong' pengetahuan agama dalam diri mereka.

Seperti yg kita perhatikan, ada pengkaji dan saintis barat yg memeluk islam setelah mendapati ketepatan fakta yg terdapat dalam Al-Quran. Semua berdasarkan hidayah la, hidayah Allah x semua org dpt. But, yg tak dpt hidayah tula yg cuba merosakkan islam. So berhati-hatilah.

Berdasarkan dua fakta ini, mungkin ada org yg mempercayai dan ada yg tak. Semuanya berdasarkan keimanan yg berada di lubuk hati. Setakat mana kepercayaan yg kita letakkan kepada Allah? Selekap mana keimanan terhadap qadha' dan qadar Allah?

Alexander adalah Zulkarnain???







".. adakah Iskandar Zulkarnain = Alexander the Great? sbb setau aku, nih 2 orang yang berbeza..."

Ketika masih remaja dulu saya percaya kedua-duanya orang yang sama. Namun setelah membaca di sana-sini hasil kajian mereka yang berkemahiran, saya beranggapan kedua-duanya orang yang berlainan.

Zulqarnain seorang yang beriman sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran sedangkan Alexander seorang yang kufur. Zulqarnain hidup lebih awal daripada Alexander. Masyhurnya Iskandar Zulqarnain ini menyebabkan banyak raja-raja selepasnya menggunakan nama Iskandar/ Alexander termasuklah Alexander the Great dari Macedonia (Maquduniah) itu. Raja-raja Melayu sendiri banyak yang menggunakan nama Iskandar. Bahkan secara peribadi saya memandang nama ‘Rajendra’ yang digunakan oleh beberapa orang raja di India tidak lain ialah ‘Alexander’ ataupun ‘Iskandar’. Yang paling terkenal ialah Rajendra 1 (Raja Suran) dari Kerajaan Chola yang berjaya menakluk Tanah Melayu termasuklah kerajaan Gangga Negara di Perak.

Saya memilih pemerintah Parsi kuno sebagai Zulqarnain iaitu antara Maharaja Cyrus (Korsh/ Kursh) ataupun Darius (Dara) , tapi bukan Maharaja Dara yang berperang dengan Alexander Macedonia. Kajian menunjukkan empayar Parsi kuno ini antara empayar yang paling luas pernah wujud di muka bumi, melebar dari Barat (Eropah dan Afrika) hingga ke Timur (China dan Jepun).

Bukti-bukti menunjukkan perjalanan Alexander Macedonia tidak sampai pun ke negara China, paling jauhpun di pinggirnya saja, kemudian dia menemui maut dalam usia yang muda. Alexander juga tidak membina apa-apa benteng sedangkan Zulqarnain membina benteng kukuh antara gunung (yang saya percaya binaan awal Tembok Besar China sebelum disambung hingga menjadi beribu-ribu kilometer kerana memang ada bahagian tembok itu berteraskan logam bersalut tembaga di sebelah dalamnya) untuk menyekat kaum Yakjud Makjud (bangsa-bangsa gusar di utara China).

Sumber-sumber Barat tentang Alexander Macedonia tidak menyentuh tentang pembinaan benteng. Namun Barat mula menyentuhnya apabila mereka menyedari wujudnya cerita benteng Zulqarnain dalam al-Quran.

Zulqarnain membawa agama tauhid yang saya yakini sebagai agama Zoroaster (Zarathustra yang kemudiannya terseleweng hingga menjadi agama Majusi yang menyembah api . Agama inilah yang bertapak kukuh di Parsi kuno. Ada juga pendapat mengatakan beliau membawa agama Nabi Ibrahim ataupun agama peninggalan Nabi Nuh.

Agama Zoroaster dikatakan membawa pemahaman wujudnya Tuhan baik yang diseimbangkan dengan tuhan jahat. Berkemungkinan perkara ini menghasilkan pemahaman yin dan yang di China.

Salah seorang penasihat utama Alexander ialah Aristotle (Aristun Syah) . Hingga kini agama Aristotle masih diragukan sungguhpun dia dan guru-guru sebelumnya seperti Socrates dan Plato nampak tidak sealiran dengan pemerintah dalam isu ‘sembahan’. Mereka lebih kepada ahli falsafah berbanding Nabi ataupun seorang yang menganut agama tauhid. Penasihat Zulqarnain yang masyhur pula ialah Nabi Khidhir, yang jelas-jelas bertauhid.

Beberapa pengkaji berpendapat ‘Barat’ yang terkenal dengan sikap suka memanipulasikan sejarah itu memainkan peranan penting untuk men’Zulqarnain’kan Alexander Macedonia. Mereka cukup sakit hati jika apa-apa kelebihan memihak kepada ‘Timur’ termasuklah dalam hal Zulqarnain. Barat mahu Alexander Macedonia diyakini semua orang sebagai Zulqarnain dalam Quran. Quran dengan bijaknya menyanggah hal itu apabila menyanjung keagamaan Zulqarnain yang jauh berbeza dengan ‘keliaran’ Alexander Macedonia.

Lihat sajalah filem Alexander keluaran Barat, ‘diwarnakannya’ rambut Zulqarnain dengan warna perang. Padahal sisa-sisa bukti yang ada menunjukkan Zulqarnain berambut hitam. Namun dalam hal ini ada kekecualian. Boleh jadi memang filem itu hendak menceritakan Alexander the Great dan bukannya Iskandar Zulqarnain al-Quran.

Rom dan Parsi saling beralih kuasa pemerintahan (pentadbiran dunia digilir-gilirkan antara Timur dengan Barat). Kedua-duanya ada raja yang bernama ataupun bergelar Iskandar. Rom pastinya iri hati dengan Iskandar Zulqarnain Parsi yang gah suatu waktu dahulu. Atas sebab itu Rom (Barat) mahu membuktikan Iskandar merekalah yang paling agung. Seboleh-bolehnya mereka mahu menutup kisah Iskandar Zulqarnain dari Parsi. Sekali lagi Quran begitu bijak menyanggah hal ini dengan menyebut tokoh ini sebagai ‘Zulqarnain’ sahaja tanpa ‘Iskandar/ Alexander’. ‘Zulqarnain’ hanya ada di Parsi dan bukan di Rom (ketika itu berpusat di Macedonia).

Saya ada menyimpan satu artikel lama (lebih kurang 20 tahun dulu) yang saya koyak dari sebuah akhbar (rasanya Utusan ataupun Berita Harian) tapi kini entah di aman. Penulisnya berpendapat Zulqarnain ialah anak Nabi Ibrahim daripada isteri(gundik)nya iaitu Qanturah/ Ketura. Anak inilah yang berguru dengan Aristotle. Penulis cenderung untuk mengakui keimanan Aristotle, Plato dan Socrates.

Pada saya, pandangan ini tidaklah kukuh. Sebagaimana yang kita maklumi, Iskandar/ Alexander yang berguru kepada Aristotle ialah anak Raja Phillips (Filaqus), bukan anak Nabi Ibrahim. Tentang keimanan ketiga-tiga tokoh falsafah itu, tidaklah kiat ada maklumat yang selengkapnya.

Wallahua'alam....hanya Allah yg mengetahui sebenar-benarnya.
(hanya luahan pendapat)

Sunday, September 19, 2010

Raya, raya, raya......


Wah, bertemu lagi dengan bulan Syawal yang mulia. Disambut dengan gembira oleh semua umat Islam setelah tamat melaksanakan ibadah puasa selama sebulan. Bulan yang mana mengikut tradisi masyarakat melayu masa untuk saling bermaaf-maafan dengan hati nurani yang ikhlas. Bulan meminta keampunan (kemaafan) dari Tuhan telah pun berlalu, kini tiba masanya kita sebagai orang islam amnya dan masyarakat khususnya meminta maaf kepada semua orang tidak kira usia, pangkat mahupun darjat, atau apapunlah yang menjadi penghalang sesama kita untuk saling berhubung atau berkomunikasi dengan lancar. 

Di samping meminta maaf kepada orang lain, seharusnya kita (terutama yang menulis ini) memaafkan kesalahan semua orang. Hilangkanlah semua dukacita dan perselisihan sesama kita agar ukhuwah dapat kembali diutuhkan. Tradisi kunjung-mengunjung juga haruslah diteruskan kerana ianya sangat berfaedah bagi keutuhan kesatuan umat Islam. Zaman ini, budaya kunjung-berkunjung rumah jiran tetangga hampir 'pupus'. Takde lagi jiran yang rapat seperti di rumah orang-orang dahulu yang mana jiran mereka seperti mempunyai ikatan persaudaraan dengan mereka. Aku teringin suasana sebegitu. Tetapi apakan daya, tradisi telah ditelan arus kemodenan. Cuma hari raya sajelah masa untuk kita berkunjung sesama jiran.

Sekarang, tidak lagi sepert dahulu, semuanya ada di hujung jari. Ucapan hari raya tidak lagi dikirimkan melalui surat atau kad raya, tetapi melalui e-mail dan sms. Sedar atau tidak yang pemodenan seperti ini akan mengeruhkan lagi hubungan silaturrahim? Memangla laju dan cepat prosesnya, tapi pembikinan ayat ucapan itu sendiri yang menjadi kelainannya. Kalau sms, banyaknya kita dapat dari orang, pastu kita 'copypaste' je dan foward kat orang lain. Ini yang dinamakan bukan ayat sendiri, lagipun tulisan itu sendiri menampakkan kesungguhan kita untuk 'memberi ucapan raya' (macam janggal je ayat ni). Dan satu lagi, sms yang kita terima atau kita hantar mungkin tidak akan kekal kerana ia bukanlah sifat yang boleh disentuh atau boleh disimpan fizikalnya. Berlainan dengan kad raya yang mana mungkin kita atau orang menerima kad kita akan menghargainya dengan cara menyimpannya. Walaubagaimanapun, itu terpuang pada pendapat masing-masing. Lain orang lain caranya, tak semestinya cara kita je yang betul....betul tak???

Raya tahun ni, boleh la. Nak katakan best, takla sangat. Nak cakap x best pulak, best jugak la. Yang penting sume adik-beradik berkumpul and dapat beraya bersama-sama ke rumah saudara-mara. Yang lainnya tahun ni dalah duit raya makin banyak. Ni dah hari ke-7, cek 'ang pau box', fuiyo......terkejut. Lagi banyak daripada tahun lepas. Alhamdulillah, kurniaan Allah. Bersyukur aku. Dan tiba-tiba aku termenung,
Berapa banyak kali je aku mematuhi arahanMU Ya Allah, 
tapi rezeki yang kau berikan kepadaku melimpah-limpah.
Aku takut ini disebabkan istidraj,
harap-haraplah bukan.
Aku berlindung dariMu Ya Allah,
dari segala perbuatanku yang salah dan dari setiap anggota tubuhku yang berdosa,
dan dari hatiku daripada berbalik kepada selain petunjukMU.

Ampunkanlah dosaku dan dosa sekelian umat Islam,
aku meminta perlindungan daripadaMu dari hati yang munafik,dari amal perbuatan yang penuh dengan ria', dari lidah yang merbohong dan dari rezeki yang haram.




Saturday, September 18, 2010

Diharapkan akan jumpanya kembali....


Bulan Ramadhan telah pergi meninggalkan kita. Bulan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan, penuh tanda tanya dan pengharapan kepada MU Yang Maha Esa. Adakah aku dapat apa yang telah disabdakan oleh Baginda...,
"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keihklasan dan kesabaran, akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu."

??????????????????????????????????????????????????????

Aku rindukan suasana Ramadhan. Aku termenung sejenak memikirkan kerajinan aku beribadah dalam bulan itu, apakah terdaya aku untuk menistiqamahkan segala apa yang aku perbuat dalam bulan Ramadhan kedalam bulan-bulan yang lain? Tanpa kekuatan NYA, aku tidak termampu. Sungguh...aku tidak akan termampu tanpa daya dan kekuatanmu. 
Dalam bulan itu, semua orang berlumba-lumba dalam beribadah kepada Mu Ya Rabb. Semua orang ternanti-nanti akan keampunan daripada MU. Semua orang tercari-cari malam yang paling barakah dan yang penuh kerahmatan, 'Lailatulqadr'. Tetapi apakan daya hamba yang lemah ini untuk menentukan amalan samada diterima atau ditolak. Hanya kepada Mu aku berserah, moga-moga semua amalanku dan muslimin dan muslimat tidak ditolak oleh MU Ya Allah.
Mana boleh dicari jemaah yang ramai di surau atau masjid hampir setiap waktu selain bulan Ramadhan? MasyaAllah...sungguh mengkagumkan. Alangkah bagusnya diri saya macam ini pada setiap masa tanpa mengira bulan apa pun. 

Di bulan Ramadhan, kenapa boleh membaca Al-Quran lebih 2 juz sehari, mengapa bulan-bulan lain tidak boleh? Adakan kerana syaitan dibelenggu? Mungkin ia adalah antara sebabnya tetapi ia tidak boleh diletakkan sebagai sebab utamanya. Dimana mujahadahku semasa di bulan yang mulia dahulu, mana hilangnya perasaan ingin berkorban untuk MU. Segalanya hilang Ya Allah setelah tamatnya hari pensyariatan puasa Ramadhan. 

Aku tidak lagi sanggup berkorban, menghabiskan waktuku 'bersamaMU'. Aku tidak lagi memaksa diriku berjaga di keheningan malam, sujud kehadratMu Ya Ilahi...

Aku rindukan semua itu Ya Allah...........
moga-moga aku dimatikan dalam keadaan lidahku menyebut kalimah syahadah, begitu juga kedua ibu bapaku, adik-beradikku, saudara-maraku, guru-guruku dan juga sahabat-sahabatku.



Thursday, September 9, 2010

Wah...ghairahnya nak menulis..........

name kad yg dibuat my frend, thanks ayie...
Huh, dah lama rasanya tak update blog ni. Sejak dah mula pengajian diploma ni, takde masa pulak nak berkarang. Tapi kalau nak diikutkan bukan takde masa, hanya kerna malas nak menulis.

Memang best tulis blog ni. Musyrifku, Ustaz Asyraf yang galakkan untuk menulis blog ini. Katanya ini adalah permulaan ke 'alam penulisan'. 'La budda', dalam arabnya, untuk pandai dalam penulisan @ berkarya, mesti dimulakan disini. Thanks ust Asyraf. 


Kalau nak seribu daya, kalau taknak, banyak la dalihnya.