BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 19, 2010

Raya, raya, raya......


Wah, bertemu lagi dengan bulan Syawal yang mulia. Disambut dengan gembira oleh semua umat Islam setelah tamat melaksanakan ibadah puasa selama sebulan. Bulan yang mana mengikut tradisi masyarakat melayu masa untuk saling bermaaf-maafan dengan hati nurani yang ikhlas. Bulan meminta keampunan (kemaafan) dari Tuhan telah pun berlalu, kini tiba masanya kita sebagai orang islam amnya dan masyarakat khususnya meminta maaf kepada semua orang tidak kira usia, pangkat mahupun darjat, atau apapunlah yang menjadi penghalang sesama kita untuk saling berhubung atau berkomunikasi dengan lancar. 

Di samping meminta maaf kepada orang lain, seharusnya kita (terutama yang menulis ini) memaafkan kesalahan semua orang. Hilangkanlah semua dukacita dan perselisihan sesama kita agar ukhuwah dapat kembali diutuhkan. Tradisi kunjung-mengunjung juga haruslah diteruskan kerana ianya sangat berfaedah bagi keutuhan kesatuan umat Islam. Zaman ini, budaya kunjung-berkunjung rumah jiran tetangga hampir 'pupus'. Takde lagi jiran yang rapat seperti di rumah orang-orang dahulu yang mana jiran mereka seperti mempunyai ikatan persaudaraan dengan mereka. Aku teringin suasana sebegitu. Tetapi apakan daya, tradisi telah ditelan arus kemodenan. Cuma hari raya sajelah masa untuk kita berkunjung sesama jiran.

Sekarang, tidak lagi sepert dahulu, semuanya ada di hujung jari. Ucapan hari raya tidak lagi dikirimkan melalui surat atau kad raya, tetapi melalui e-mail dan sms. Sedar atau tidak yang pemodenan seperti ini akan mengeruhkan lagi hubungan silaturrahim? Memangla laju dan cepat prosesnya, tapi pembikinan ayat ucapan itu sendiri yang menjadi kelainannya. Kalau sms, banyaknya kita dapat dari orang, pastu kita 'copypaste' je dan foward kat orang lain. Ini yang dinamakan bukan ayat sendiri, lagipun tulisan itu sendiri menampakkan kesungguhan kita untuk 'memberi ucapan raya' (macam janggal je ayat ni). Dan satu lagi, sms yang kita terima atau kita hantar mungkin tidak akan kekal kerana ia bukanlah sifat yang boleh disentuh atau boleh disimpan fizikalnya. Berlainan dengan kad raya yang mana mungkin kita atau orang menerima kad kita akan menghargainya dengan cara menyimpannya. Walaubagaimanapun, itu terpuang pada pendapat masing-masing. Lain orang lain caranya, tak semestinya cara kita je yang betul....betul tak???

Raya tahun ni, boleh la. Nak katakan best, takla sangat. Nak cakap x best pulak, best jugak la. Yang penting sume adik-beradik berkumpul and dapat beraya bersama-sama ke rumah saudara-mara. Yang lainnya tahun ni dalah duit raya makin banyak. Ni dah hari ke-7, cek 'ang pau box', fuiyo......terkejut. Lagi banyak daripada tahun lepas. Alhamdulillah, kurniaan Allah. Bersyukur aku. Dan tiba-tiba aku termenung,
Berapa banyak kali je aku mematuhi arahanMU Ya Allah, 
tapi rezeki yang kau berikan kepadaku melimpah-limpah.
Aku takut ini disebabkan istidraj,
harap-haraplah bukan.
Aku berlindung dariMu Ya Allah,
dari segala perbuatanku yang salah dan dari setiap anggota tubuhku yang berdosa,
dan dari hatiku daripada berbalik kepada selain petunjukMU.

Ampunkanlah dosaku dan dosa sekelian umat Islam,
aku meminta perlindungan daripadaMu dari hati yang munafik,dari amal perbuatan yang penuh dengan ria', dari lidah yang merbohong dan dari rezeki yang haram.




0 comments: