BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 28, 2010

Sudah tamat....


Sudah tiba masanya untuk aku meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. Cuti selepas 'exam' SPM amat bermakna bagiku. Cukup bermakna. Suka, duka, dugaan, cabaran ketika cuti ini akan tersemat sebagai sebuah pengalaman berharga yang tidak mungkin akan kulupai. Bermulanya tarikh 17 Disember 2009 sehinggalah 28 Februari 2010, aku menempuh pelbagai mehnah kehidupan yang menjadikan aku, insan yang semakin mengenali apa erti kehidupan.

Dalam kerja pun, seseorang akan mendapat 'advantage' sekiranya mempunyai pengalaman dalam pekerjaan tersebut. 'Pengalaman mengajar erti kehidupan', aku amat bersetuju dengan ungkapan tersebut. Tidak kira yang baik mahupun yang buruk, semuanya mempunyai hikmah tertentu disebalik kalimah pengalaman itu.
Hari demi hari aku meniti kehidupan ini, terasa sudah sifat kematangan yang muncul dalam diriku. Bergaul dengan masyarakat yang pelbagai, daripada yang kecil sehinggalah yang sudah berumur. Menghadapi kerenah orang dewasa dan melayani permasalahan si kecil. 

Hidup ini tidak bererti sekiranya diri kita tiada manfaat untuk orang lain. Dan setiap yang memberi manfaat (pertolongan) kepada orang lain, bermakna ia telah menyahut seruan Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas Baginda, ahli keluarga dan para sahabat), "Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia yang lain". Hidup ini bukannya kita seorang sahaja, jadi bantu-membantulah (dalam kebaikan) sesama insan. Firman Allah, "...dan bantulah-membantulah (sesama kamu) dalam kebjikan dan takwa...".

Allah itu Maha Adil, pasti setiap kebajikan dan kebaikan yang kita lakukan yang ikhlas keranaNya, akan dibalasinya tidak kira di dunia ataupun akhirat. Akan tetapi, kita yang sebagai hambaNya ini, tidak layak untuk mempersoalkan tentang pahala dan ganjaran yang akan Allah berikan. Berserah semuanya kepada Allah, jangan kita lakukan sesuatu kerana ganjaran dariNya, tetapi buatlah sesuatu kerana Allah. 

Cuti aku yang telah berlalu, menjadi titk permulaan untuk aku mengharungi dunia ini sebagai seorang remaja yang matang dari segi pemikiran, mahupun tindak-tanduknya. Terima kasih kepada semua yang telah menjadi "teman dalam cuti". Yang baik dijadikan amalan, yang buruk dijadikan sempadan. Telitilah setiap perkara yang kita ingin lakukan, fikirkan adakah kebaikan mengatasi keburukan, atau sebaliknya. Itulah sepatutnya tersemat dalam pemikiran setiap insan yang mengaku dirinya sudah matang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam tempoh 2 bulan (lebih kot), aku menjaga 'baby' yang merangkap anak buahku (anak along), sungguh menyeronokkan. Walaupun banyak kerenah, tetapi itu semua menjadi penyejuk mata tatkala diri dihurung masalah. Sedih rasanya untuk meninggalkan Sofiyyah yang sudah lama dijaga olehku. Pasti hari-hari selepas ini tidak seceria cuti ini kerana senyuman bayi itulah merupakan perkara yang paling 'best' bagi aku. Walauapapun, perjuangan hidup mesti diteruskan. 

Tiada apa yang menyedihkan selain daripada apa yang menyedihkan Rasulullah dan apa yang memurkakan Allah. Jadi, marilah bersama-sama kita menjauhkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara sedemikian. 

Akhir kalam sebelum menyambungnya di masa yang lain (tak tau bila nak blogging lagi lepas ni), buatlah sesuatu yang bermanfaat bagi kita dan orang lain, sebleh-bolehnya cuba elakkan daripada menyakitkan hati orang lain atau menyinggung perasaan orang lain.

"Jadilah orang yang disayangi Rasulullah dan elakkanlah daripada menjadi orang yang dibenci Rasulullah kerana sesungguhnya Rasululllah masih hidup dan sering melihat perbuatan umat Baginda, cuma berpisah jasad sahaja"

Saturday, February 27, 2010

Pengalaman baru dalam hidup....


"Amirin, nak jadi fasi x?" arif tanya aku. "Boleh jugak, ambik pengalaman," kataku. Hari demi hari berlalu. Tarikh yang arif cakap pasal program tu dah tiba. Tapi ayah 'last'2 minit cakap ayah nak g buat 'road tax' tuk kete along. "Siapa nak jaga sofiyyah?" ayah tanya. Aduh, serba salah pulak aku. Seboleh-bolehnya, tak nak la susahkan ayah. Tapi lepas doa solat subuh kat surau, hatiku berkata, "pergilah amirin, kau bukan nak susahkan ayah kan? Tapi hakikatnya, ramai di luar sana memerlukan pertolongan kau. Kalau bukan kau, siapa lagi?"

Balik je dari surau, aku cakap kat ayah, "Alin pergilah hari ni, ok ek?" dengan nada yang agak perlahan. Lagipun ateh ada kat rumah. Tapi ayahku kurang 'confident' kat ateh. "Takpelah, kang biar ateh jelah jaga," ayah jawab. Alhamdulillah, kalau tak tadi aku nak telefon arif, nak batalkan je. Allah izinkan aku pergi. Pagi tu mama hantarku ke rumah arif. Awal tu, kul 7.20 am, mama nak g kerja.  Takpelah, ikut mama jelah. Ingatkan hari tu nak puasa, tapi tengok mama dah masak sarapan pagi, sanggup bangun awal(sebab mama ingatkan aku x nak puasa). Makan jelah, mana lagi baik, menyenangkan hati ibu atau puasa sunat lebih bagus? Pikirlah sendiri.

Pukul 7.25 am aku sampai di rumah arif. Mama siap bagi top up lagi tuh(selalu sangat dah). "Tq mama'" ucapku pada mama yang kusayang sambil mencium pipinya. Sampai rumah arif, dia suruh masuk, duduklah sambil revise apa yang patut(takut terlupa kang). pastu dia ajak makan pulak tuh. Dalam hatiku, "kenyang lagi ni". Takpelah, sekadar rasa untuk menjaga hati tuan rumah. dan dan tu pulak 'member' arif yang mengajak tu sampai. Umar, budak KISAS. Dia bawak kete (ditemani abang dan adiknya). Tumpanglah dia sampai sekolah Seremban Jaya. Bermulalah pengalaman yang baru......

Mula-mula hanya kitorang bertiga yang sampai dulu (arif, umar dan aku). Bersalaman dengan Ustaz Hazrie (Pensyarah UKM), penceramah pagi tu. Memang dugaan lah pagi tuh. Dengan suraunya yang kipasnya sangat tak memuaskan (perlahan giler). Duduk jelah dalam surau tu. Pastu sume plug x leh guna lak tu. Ustaz Hazrie nak buat presentation pakai komputer. Aiyoyo. "Sekolah kerajaan pun camni jugak ke, padahal banyak dapat peruntukan," bisik hatiku. Astaghfirullah, mengutuk je. Tolong tak nak, komen pandai. 

Setelah satu jam denagan pelbagai usaha dibuat, akhirnya LCD n laptop berjaya di'on'kan. Tapi Ustaz Hazrie ceramah rilek je. Dalam menunggu tadi jugaklah, fasi2 yang lain datang. Akmal, budak SBP jempol. Pastu Faiz, budak SDAR (nampak cam otai je, muka tido lak tu). Astaghfirullah, kutuk lagi. Pastu Fathi pulak sampai, budak SHAMS. Semua fasi telah sampai(termasuklah fasi pompuan). "Aik, budak dua orang ni lagi, mana2 jumpa diorang je," kataku apabila nampak 'member' sekolah rendah dulu, Awatif dan Shafiqah. Kat akademi memandu, jumpa diorang gak. Masa jumpa kat As-Sai'diyyah, jumpa diorang gak. Ah, apa-apaje, tak penting, yang pentng aku kene focus jadi fasi.

Selesai je ustaz bagi ceramah, dalam kul10 lebih, ada minum pagi, masa tulah kitorang (fasi lelaki) berkenalan. Dari pelbagai sekolah, maka pelbagailah citenya. Lepas rehat, sesi cermah Ustaz Azman. Tapi, lepas je semua masuk balik, cikgu kata Ustaz Aman cancel. Cikgu tu mintak sorang ketuai program ni. Akmal 'volunteer' jadi ketua. Bagus la dia nih, kalau x sape nak jadi. Cara dia cakap pun macam dah berpengalamn je. Memang patut pon. Mula dengan pembahagian group. Aku dapat group no 2. 

Lepas tu, dibiarkan fasi bersama group sendiri. Kena tasmi' bacaan sembahyang diorang. Sebaik budak form 1 je. Senang sikit. Aku mula dengan ta'aruf dulu. Aku perkenalkan diri, pastu budak2 group aku pulak. Haziq, Adib, Asyraf, Lukman, Amir Daniel, Hafizi dan Aidil. Macam kerenah, yelah, pahamlah budak2 sekolah biasa. Niat di hati mahu tengok budak2 ni berjaya sambil tidak lupa akan Pencipta mereka. Semua reti baca jawi kecuali dua orang, Haziq dan Daniel. Tapi bila aku ajar Haziq, kejap je dia dapat tangkap, lepas tu siap dapat hafal. Tabik la dia ni, bijak tapi kalau tak kene tempatnya, rugilah islam. Si Amir ni pulak memang tak boleh baca langsung, dah ajar pun payah jugak, tapi last2 dia dapat baca, cuma tak dapat hafal. Alhamdulillah, semua selesai tasmi' bacaan solat depan aku (kecuali amir daniel). Aku buat gaya2 santai, biar diorang tak boring (kene pandai memahami orang, agar orang memahami kita).

Habis je sesi 1, rehat makan tengah hari. Aku baring jap, letih. Kitorang (fasi2) berkumpul. Lepas tu kami diajak untuk menjamu selera di kantin (special sikit). Berjalan dengan Arif, Fathi dan Umar. Yang dua orang lagi tu dah g dulu. Samapai kat kantin sume menunggu. "Lah, apsal tak makan lagi?" aku tanya kat budak dua orang tu. "Tunggu koranglah, makan sama-sama," Akmal jawab. Makanlah sama-sama fasi laki dan pompuan atas satu meja panjang. Hidangan yang menyelerakan. Jus oren, tembikai, nasi, ayam masak merah, sayur campur dan  ikan masin. Yang paling menarik, jus oren lah, tapi tu yang paling.... uwek, masam giler.

Selesai makan , pergi solat berjemaah zohor di surau. Lepas selesai semuanya, sambung la sesi 2, praktikal solat. Sesi ini dibawa oleh Arif sambil fasi2 lain menunjukkan kepada group. Macam2 cara diorang sembahyang. Aiseh, "kalau diorang tak datangla, camnelah ek?" detus hatiku. Semuanya atas hidayah dari Allah. Setelah ditunjukkan cara2 solat, barulah mereka nampak gambarannya (sebab ada yang jarang2 solat). Pastu setiap group kene ulang balik buat praktikal, tapi ikut grouplah. Group aku, aku suruh diorang buat sorang2. Tapi x abis, tiga orang je. Janji diorang nampak gambaran. 

Habis je tu, ajar diorang ambil wudhu'. Step by step. Sebab diorang tau sebenarnya, tapi buat cincai je. Jadi aku tunjuklah. Bertiga-tiga. Kecuali Haziq, special kes. Dia buat sorang2 je, sebab dia ni banyak mulut sikit, bukan jahat, tapi nakal la, pandai menjawab. Tapi, dialah yang paling menghiburkan dengan asyraf dan adib. Diorang yang buat group aku happening. Best la. Selesai berwudhu', aku ajar diorang doa lepas ambil sembahyang. Dan aku ajar diorang tayammum. Ada sorang yang cam banyak tau sikit, Hafizi (tengok pun cam budak pandai je). Lepas tu abrulah aku berborak dengan diorang, nak rapatkan lagi ukhuwah. Macam2 cite la aku dengar. Sampai aku suruh diorang tanya apa yang patut kat aku, diorang tanya aku ada awek ke belum, ada ke patut..."Single lagi lah" macam2 budak ni. Pastu diorang tanya lak PMR, aku cakap dapat 1 b. Diorang x caya. Aku cakap kat diorang last2 kang abang bagi tau. Sambil2 menunggu untuk habis, aku berborak a dengan diorang. Bila ustazah dah angkat mikrofon, baru aku bagi tau pmr aku. Diorang terkejut, tapi aku cakap, ini takkan bermakna jiwa dan hati kosong, tiada pengisian rohani. Barulah diorang diam, yang sejak dari tadi tak pernah diam.

Upacara penyampaian penghargaan dan ucapan wakil fasi laki dan pompuan. Akmal bagi lelaki dan Awatif bagi pompuan. Awatif cakap macam berpidato. Budak-budak aku la yang paling kuat pressure (aku la yang suruh), jahatkan? Yang paling kuat, Haziq, yelah budak paling becok sekali. Malu dalam gembira aku. Asik2 budak2 aku yang bising, pastu semua pandang. Akulah yang malu. Tapi takpe, aku bangga dengan sifat bernai diorang bersuara. Diorang pressure bukan cane pun, diorang jawab kuat2. Haha. Akhirnya, bila time penyampaian penghargaan, bila nama aku disebut, aku mendapat tepukan yang paling kuat. Bangganya. Diorang berbisik sesama diorang(budak2 group aku), "Bila time abang khairul je kita tepuk kuat2". Aku agak sebab aku ni sporting kot, tu yang diorang suka kat aku. 

Anyway, aku ucap time kasih la kat sume fasi n budak2 group aku sebab bagi kerjasama w/pun berterabur. Ni la pengalaman pertama jadi fasi dan menjadi pengalaman yang paling bermakna dalam hidup aku. 

"Hidup ini, biarlah kita meninggalkan sesuatu yang apabila diajarkan ia akan berterusan pahala mengerjakannya"

Thursday, February 25, 2010

Cina oh cina....


Tak hairanlah aku sekarang ni berapa ramai orang cina yang berjaya. Berdasarkan pemerhatian aku siang tadi, kagum aku tengok 'spirit' orang cina ni. Apa pasal nak kagum ngan orang cina, kan banyak orang islam yang patut dikagumi? Bukan apa, apa yang kita nampak itu lebih banyak memberi pengajaran kepada kita (bagi diri ni la x tau lak org lain). Bak kata orang, gagal sekali tak bererti gagal selamanya.

Hari ini hari yang telah dijadualkan untuk aku mengambil ujian JPJ. Gementar hati dengar cite2 budak yang telah lepas. Walauapapun, semua rasa negatif perlu dibuang jauh2 agar mendapat ketenangan. "Diri kita biar kita yang tentukan, jangan biarkan orang lain menetapkan apa yang terjadi kepada kita" ungkapan seorang insan kepadaku. Menunggu punyalah lama, dari kul 8-11am, barulah 'turn' sampai. dibagi 'briefing' tentang ujian hari tu (dari awal samapi habis). Ujian pertama yang dilalui adalah mendaki bukit, itu senang je, alhamdulillah (orang yang menguji pun 'sporting'). Pastu terus ke port parking, test parking, lepas. Terus ke ujian ketiga yakni yang penyudahnya bagi ujian di dalam iaitu tiga penjuru. Menentukan samada aku lepas ke tak keseluruhan ujian kat dalam (nak lulus kena lepas tiga2 ujian). Tengok muka pegawai tu psiko giler (masam mencuka). Ahh...jangan pedulikan. "Woi! Pakai tali keledar la..." pegawai tu jerit. Terkejut aku lantas terus benrhenti. Pakai tali keledar dan teruskan macam takde bende yang berlaku. Masuk, selekoh, 'reverse'......"turun, turun, turun". Alamak, tak tukar gear 1 lepas 'reverse'. Sebabkan bende yang termatlah kecil, aku gagal keseluruhannya bagi ujian 1.

Ujian 2(j/raya) pulak kul 2.30 petang (my turn). Alhamdulillah, dapat pegawai yang sporting tu (yang bagi briefing n jaga bhgn bukit td). Masuk, buatlah apa yang patut, pastu terus jalan...Pegawai tu siap tidur lagi tuh(penat kot). Sampai je kat tempat latihan balik, pegawai tu tanya, "Cukuptak markah tu?". Siap boleh tanya lak tu. Alhamdulillah."Janji lulus sudah encik" luahku. Lulus 17/20. Tapi masih tak 'best' sebab tak layak dapat "P" lagi.

Duduk menunggu ateh sampai. Dengarlah ada orang cina (30an kot) borak dengan sorang budak melayu.

C: U dapat berapa, lulus atau tidak?
M: Lulus,u macamana?
C: Manyak teruk maa, saya lupa jalan la. Habis suma undang2 saya langgar. Haiya.
M: Berapa u dapat? 
>orang cina tu tunjukkan kertas uijian dia (aku tinjau2)<  7/20 je...!!!???
M: Huiyo...
C: Takpala, ni ujian 1. Lepas ni saya bole belajar betul2 lagi. Tak perlu risau2 ma, tak guna menyesal benda  yang suda lalu. Kita mesti try, try n try....baru dapat. Tak mau sedih2 la.

Dengar je diorang borak, aku terus macam terkena. Yelah, aku gagal 1 bhgn je, dia dua2 sekali, tapi rilek je. Ada budak melayu tu siap nangis la tu tak lepas. Orang melayu(cam aku la) gagal, cari salah orang lain. Pegawai strict la, hapa la. Tapi cina lain, dia anggap apa yang gagal tu adalah disebabkan mereka sendiri. Dan lagi satu, mereka macam takde sifat putus asa dalam diri diorang. Diorang akan sedaya upaya untuk berjaya, tak kira kena berkorban apa benda pulah, masa, tenaga, duit. Apa yang penting, diorang mesti capai apa yang diorang target, 'with what ever way'. 'Spirit' diorang lagi kuat drpd kita orang melayu(islam la) padahal kalau nak diikutkan diorang mana ada pengisian jiwa, Macamana tu? Aku pun kalah dengan dia punya semangat. Aku macam dah lentur bila pegawai tu cakap aku gagal tadi.
Tapi takpe, ambil pengajaran yang baik daripada setiap apa yang kita lalui. Aku akan cuba bina semangat macam cina tu.

"If you want success, just looking infront and face it without any fears in heart"


 

Tuesday, February 23, 2010

Pengembaraan awal 2010.....1


Jauh pemandangan, luas pengalaman.....

Hujung minggu ni kembara ke negeri Pahang untuk menjejaki sebuah institusi pendidikan tahfiz yang telah tersenarai diantara sekolah yang cemerlang dalam pencapaian pmr 2009 yang lepas. Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), yang mana baru kira-kira 3 tahun penubuhannya, telah menggapai suatu reputasi yang berjaya membuka mata dan minda warganegara Malaysia hari ini. Betapa pelajar tahfiz ini tidak hanya tertumpu pada bidang penghafalannya, malah boleh bersaing dengan institusi pendidikan yang lain dalam pencapaian akademiknya.

Bukan tak nak bangga dengan ITQAN, tetapi hakikatnya memang kami kalah dengan diorang. Dahulu, mereka menimba/belajar daripada kami dan sekarang ni, mereka lebih kehadapan dan lebih maju. Bak kata pengarah MTNP, "ambik daripada sejarah Honda dimana ia yang berada pada nombor 2, belajar daripada yang nombor 1. Akhirnya, ia dapat memintas yang berada di nombor 1 itu". Belajar dari bawah, itu yang dapat dijadikan konklusinya.

Perjalanan daripada ITQAN, untuk sampai ke destinasi adalah kira-kira 4 jam setengah. Seawal 5.50 mimit pagi, deligasi ITQAN yang kira-kira mencukupi 2 buah bas, bertolak memulakan perjalanan. Berhenti di Masjid Kampung Tengah untuk menunaikan fardhu subuh pada pukul 6.30 pagi. Kami dibekalkan dengan dua roti krim dan sebotol air mineral sebagai alas perut. Perjalanan yang amat dingin. "Cik, tak boleh perlahankan air cond ke?" aku bertanya kepada driver bas tu. "Ini yang paling 'slow', kalau nak, tutup air cond dan bukak bumbung," jawapan yang menghampakan. "Takpelah". Pakai tiga lapis pun terasa jugak sejuknya. Tapi, dengan iringan movie 'home alone' kat tv depan, mengalpakan sedikit rasa sejuk yang dirasa.

Berhenti kejap di muadzam untuk bersarapan. "Lega sikit," bisik hatiku bila keluar dari bas. Perut dah berbunyi, terus pergi cari kedai untuk makan. "Order apa?" orang kedai tu tanya. "Nasi lemak telur dan tea o". Air dah sampai, tapi makanan tak sampai2 lagi. Orang lain semua dah selesai dah. Budak form bagi tau, "layan diri la untuk makan". Lahai, kenapa orang kedai tu tak cakap awal2. Baru nak bangun untuk ambik nasi lemak, enin bas dah berbunyi. "Adoiyai, camne ni? Ah, bedal je la". Budak lain semua dah naik bas, kitorang(aku dan arif) baru tengah makan. Dengan 'speed' yang maksimum aku mengahabiskan nasi lemak tuh...(siap kena perli dengan ustaz pulak tuh). Bayar pastu terus melajukan langkah terus ke bas. Alhamdulillah, sebaik ada yang bagi tau. Pengajaran 1, tanya jangan tak tanya.

Sesampainya disana, kami disambut baik oleh warga MTNP. Kami bersalaman dengan mereka dan berbalas senyuman (sedekah free). Kami dibawa terus ke surau (dewan sementara). "Wow, ada air cond..." aku teruja. Dengar taklimat(briefing) pasal maahad tahfiz ni, ucapan wakil kedua-dua pihak dan akhir sekali perbincangan terbuka. Sesi soal jawab la kiranya antara warga ITQAN dan MTNP. Macam-macam soalan yang keluar dari mulut ustaz2 ITQAN, dan yang paling tetarik sekali adalah soal disiplin. Mengikut etika MTNP, siapa yang buat masalah (buat kes la) terus dibuang. Bak kata pengarahnya, seorang buat benda buruk, habis semua ikut (akibat nila setitik, rosak susu sebelanga). Tak hairan la budak diorang nampak bagus je 'attitude'. Nampaknya peraturan ni macam akan dikuat-kuasakan di ITQAN je (habis la). Tapi kalau diikutkan memang bagus camtu.

Selesai sesi soal jawab, sesi penghadiahan cenderamata kepada kedua-dua pihak.


ni la hadiah daripada pihak ITQAN...


Selesai je tuh, kitorang terus ke dewan selera untuk santapan t/hari. Perut dah berbunyi, memang berselara la nak makan ditambah dengan menu yang begitu 'delicious'..."Macam makan kat hotel". Agaknya diorang memang ambik catering sebagai tukang masak n untuk urusan dewan selera ni. Tempat pun bersih n meja makan macam kat restoran (bertubi2 aku puji). Memang dijaga sungguh. Kedengaran suara azan memanggil, lantas pergike surau untuk zohor berjemaah (jama' + qasar).

Habis sudah sesi lawatan.....bersambung


Pengembaraan awal 2010.....1


Jauh pemandangan, luas pengalaman.....

Hujung minggu ni kembara ke negeri Pahang untuk menjejaki sebuah institusi pendidikan tahfiz yang telah tersenarai diantara sekolah yang cemerlang dalam pencapaian pmr 2009 yang lepas. Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), yang mana baru kira-kira 3 tahun penubuhannya, telah menggapai suatu reputasi yang berjaya membuka mata dan minda warganegara Malaysia hari ini. Betapa pelajar tahfiz ini tidak hanya tertumpu pada bidang penghafalannya, malah boleh bersaing dengan institusi pendidikan yang lain dalam pencapaian akademiknya.

Bukan tak nak bangga dengan ITQAN, tetapi hakikatnya memang kami kalah dengan diorang. Dahulu, mereka menimba/belajar daripada kami dan sekarang ni, mereka lebih kehadapan dan lebih maju. Bak kata pengarah MTNP, "ambik daripada sejarah Honda dimana ia yang berada pada nombor 2, belajar daripada yang nombor 1. Akhirnya, ia dapat memintas yang berada di nombor 1 itu". Belajar dari bawah, itu yang dapat dijadikan konklusinya.

Perjalanan daripada ITQAN, untuk sampai ke destinasi adalah kira-kira 4 jam setengah. Seawal 5.50 mimit pagi, deligasi ITQAN yang kira-kira mencukupi 2 buah bas, bertolak memulakan perjalanan. Berhenti di Masjid Kampung Tengah untuk menunaikan fardhu subuh pada pukul 6.30 pagi. Kami dibekalkan dengan dua roti krim dan sebotol air mineral sebagai alas perut. Perjalanan yang amat dingin. "Cik, tak boleh perlahankan air cond ke?" aku bertanya kepada driver bas tu. "Ini yang paling 'slow', kalau nak, tutup air cond dan bukak bumbung," jawapan yang menghampakan. "Takpelah". Pakai tiga lapis pun terasa jugak sejuknya. Tapi, dengan iringan movie 'home alone' kat tv depan, mengalpakan sedikit rasa sejuk yang dirasa.

Berhenti kejap di muadzam untuk bersarapan. "Lega sikit," bisik hatiku bila keluar dari bas. Perut dah berbunyi, terus pergi cari kedai untuk makan. "Order apa?" orang kedai tu tanya. "Nasi lemak telur dan tea o". Air dah sampai, tapi makanan tak sampai2 lagi. Orang lain semua dah selesai dah. Budak form bagi tau, "layan diri la untuk makan". Lahai, kenapa orang kedai tu tak cakap awal2. Baru nak bangun untuk ambik nasi lemak, enin bas dah berbunyi. "Adoiyai, camne ni? Ah, bedal je la". Budak lain semua dah naik bas, kitorang(aku dan arif) baru tengah makan. Dengan 'speed' yang maksimum aku mengahabiskan nasi lemak tuh...(siap kena perli dengan ustaz pulak tuh). Bayar pastu terus melajukan langkah terus ke bas. Alhamdulillah, sebaik ada yang bagi tau. Pengajaran 1, tanya jangan tak tanya.

Sesampainya disana, kami disambut baik oleh warga MTNP. Kami bersalaman dengan mereka dan berbalas senyuman (sedekah free). Kami dibawa terus ke surau (dewan sementara). "Wow, ada air cond..." aku teruja. Dengar taklimat(briefing) pasal maahad tahfiz ni, ucapan wakil kedua-dua pihak dan akhir sekali perbincangan terbuka. Sesi soal jawab la kiranya antara warga ITQAN dan MTNP. Macam-macam soalan yang keluar dari mulut ustaz2 ITQAN, dan yang paling tetarik sekali adalah soal disiplin. Mengikut etika MTNP, siapa yang buat masalah (buat kes la) terus dibuang. Bak kata pengarahnya, seorang buat benda buruk, habis semua ikut (akibat nila setitik, rosak susu sebelanga). Tak hairan la budak diorang nampak bagus je 'attitude'. Nampaknya peraturan ni macam akan dikuat-kuasakan di ITQAN je (habis la). Tapi kalau diikutkan memang bagus camtu.

Selesai sesi soal jawab, sesi penghadiahan cenderamata kepada kedua-dua pihak.


ni la hadiah daripada pihak ITQAN...


Selesai je tuh, kitorang terus ke dewan selera untuk santapan t/hari. Perut dah berbunyi, memang berselara la nak makan ditambah dengan menu yang begitu 'delicious'..."Macam makan kat hotel". Agaknya diorang memang ambik catering sebagai tukang masak n untuk urusan dewan selera ni. Tempat pun bersih n meja makan macam kat restoran (bertubi2 aku puji). Memang dijaga sungguh. Kedengaran suara azan memanggil, lantas pergike surau untuk zohor berjemaah (jama' + qasar).

Habis sudah sesi lawatan.....bersambung


Sunday, February 14, 2010

Dia Kekasih Allah

Kau datang membawa sinar cahaya yang menerangi hati-hati yang yang gelap. Di kala arab ketika itu ketandusan dengan pegangan hidup yg baik. Tiada kitab petunjuk, tiada nabi (sebelum ketibaan Baginda) dan hidup tanpa hala tuju. Wanita ditindas, yang kuat menindas yang lemah, berzina, judi minum arak...

Namun, setelah datangnya Penghulu semua nabi, sumenya berubah. Bak kata Michael Jackson, Heal The World. Dia datang membawa perkhabaran dari Allah, cahaya yang tidak nampak pada zahirnya, tetapi tersangatlah terang untuk hati-hati yang menginginkannya. Dalam satu hadis menyebut, cahaya semasa kelahiran Baginda menerangi seluruh alam, tetapi hanya boleh dilihat dengan mata hati.

Agama islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad, telah mengangkat darjat wanita. Kaum ini tidak lagi ditindas malah diangkat oleh Rasulullah. Tiada lagi sifat asshobiah dalam diri penganutnya dan konsep semua orang adalah sama kecuali yang bertaqwa.

Segala perbuatan, percakapan dan tindakan nabi amat sesuai diikut, malahan mendapat pahala bagi sesiapa yang mengamalkannya. Dari perkara yang kecil sehingga yang besar, semua terdapat pada Baginda dan molek sungguh jika dicontohi.

Sepatutnya, tiada siapa yang layak untuk dijadikan idola di hati kita melainkan Rasulullah. Ini kerana Baginda adalah sebaik-baik manusia. Firman Allah, "Dia (Muhammad) diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Bahkan orang bukan islam sendiri mengakuinya. Michael H. Hart telah meletakkan Baginda sebagai tokoh yang paling berpengaru di dunia ini. Tetapi mengapa ada lagi orang islam yang tak menjadikan Baginda sebagai idola, malah mereka ini menjadikan artis sebagai idola mereka. Mana islam tak runtuh, orang islam sendiri tidak menyanjungi pemimpin no 1 islam n dunia ni, apatah lagi nak mengikut jejak langkahnya, jauh sekali. Nabi Muhammad telah dibedah oleh malaikat untuk membersihkan hatinya, mengapa kita perlu ragu-ragu dengan segala tingkah-laku nabi. Siapalah kita untuk cuba tidak mengakuinya.

Jika kita sebagai umat Muhammad tak mengikut Baginda, siapa lagi? Dalam kalimah syahadah, kita telah mengakui, "aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu utusan Allah". Kalau kita mengakui, mesti kita ikut jejak langkah Baginda walaupun kita tahu yang kita tidak mungkin dapat menjadi seperti Rasulullah, tetapi berusaha ke arah itu pun sudah baik.

Saya yang menulis ni belum tentu bagus untuk ceritakan soal ini. Tapi saya merasakan setiap orang ada tanggungjawabnya sebagai umat Muhammad dan ini salah satunya.

Tidakkah kita berasa sedih, tatkala nyawa Baginda hendak ditarik, Baginda masih lagi mengenangkan nasib umat Baginda. Seboleh-bolehnya baginda ingin menanggung segala kepedihan sakaratul maut yang akan dihadapi oleh umat Baginda, akan tetapi tidak boleh.

Kita yang mengaku sebagai umat Baginda tidakkah terasa ada tanggungjawab yang perlu kita pikul dalam menghadapi masa akan datang?

Nabi bersabda, "Islam itu mulanya dibawah (pelik), pertengahannya atas (terkenal) dan akhirnya kembali kepada yang asal (pelik)"

Dan ada satu lagi hadis yang mengatakan siapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kalangan orang ramai tidak melakukannya, dia akan mendapat 70 kali ganda pahala. Apa rasanya hikmahnya ek? Ini kerana dunia akhir zaman ni lagi banyak cabaran dan dugaannya. Barangsiapa yaang sabar dan melakukan amal soleh, maka dia akan mendapat ganjarannya.

Sebagaimana yang telah diperkatakan Nabi sebelum Baginda sakit, fitnah telah datang. Bukankah kita boleh kaitkan dengan dajjal laknatullahi alaik, bahawa ia akan menyebarkan fitnah yang sungguh dahsyat dalam kalangan manusia akhir zaman kelak...

Fikir-fikirkanlah rasionalnya kita sebagai umat Rasulullah yang mulia. Sentiasalah rasakan kita mempunyai tanggungjawab menyelamatkan agama islam ini.

Tuesday, February 9, 2010

Siapalah kita disisiNYA...


Begitu indah dunia
siapapun kan tergoda
harta pangkat dan wanita
melemahakan jiwa

Tanpa iman dalam hati
kitakan dikuasai
syaitan nafsu dalam diri
musuh yang tersembunyi

Pulanglah kepada Tuhan
cahaya kehidupan
keimanan ketaqwaan kepadaNYA
senjata utama

Lirik lagu Fatamorgana dari kumpulan Hijjaz ni kalau tak dihayati, serupa tak payah dengar je. Siapalah kita nak dibandingkan dengan Tuhan yang mencipta alam semesta ini. Terlalu jauh kalau kita mencuba untuk melawan Qudrah dan IradahNya. Bahkan tenaga yang Allah berikan kepada kita untuk menjalani kehidupan tidak sampai sampai setitis pun daripada kuasaNYA.

Sesungguhnya rahmat Allah amatlah luas dan tiada siapapun terkecuali daripada pautan rahmatNya. Cuma yang membezakan hanya taufik sahaja. Kalau tak, mana mungkin orang bukan islam diberi kekayaan dan kesenangan di dunia ini. Semua ini menjadi ujian yang amat getir bagi insan yang mensahihkan dirinya sebagai hamba Tuhan. Sejauh manakah kita mampu bertahan dalam bersujud kepadanya.

Kita ini jika tidak menggunakan akal fikiran yang Tuhan anugerahkan kepada kita, samalah seperti haiwan, bahkan lebih teruk daripada itu.

Firman Allah, "Dan sesungguhnya kKami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata, tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka ini seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai". (Al-A'raf: 7, 179)

Sungguh dahsyat ancaman oleh Tuhan pencipta kita jika kita menggunakan apa yang Dia kurniakan kepada kita dengan sebaiknya. Akan tetapi bagi sesiapa yang selalu mendekatkan diri kepadaNya, maka Allah tidak akan mensia-siakannya.

Dalam beribadah kepadaNya, sepatutunya kita yang bergelar hamba tidak untuk meminta ganjaran daripdaNya. Tidak layak seorang hamba yang telah dikurniakan tenaga meminta-minta daripada Tuannya. Diibaratkan seperti seorang hamba yang telah diberi makan minum oleh majikannya, tetapi masih meminta ganjaran lain.

Apabila diseru, datanglah kepadaNya, jangan ditangguh. Rebutlah peluang bertemu denganNya.


Tuesday, February 2, 2010

40 Akhlak yang Mengubah Dunia

Semakin hari, semakin banyak kejadian 'alam mengamuk' yang kita dengari. Malah kawasan yang berada di atas garisan khatulistiwa pun tidak boleh dijanjikan selamat daripada bencana ini. Gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami, ribut, taufan, banjir dan macam2 lagi bencana yang kita takut akan melanda kawasan kita.

Dari sudut sains, tidak dinafikan bahawa kejadian alam sebegini berpunca daripada rekahan bawah tanah, pergeseran kerak bumi dan sebagainya. Namun disebalik semua ini, tidakkah kita pernah terfikir bahawa kejadian sebegini telah berlaku pada zaman Anbiya' terdahulu? Tidakkah kita ingat bahawa manusialah punca 'amukan alam' ini?

Sedar atau tidak bahawa semakin banyak alat ciptaan teknologi tercipta, semakin banyak 'kerosakan' yang berlaku pada bumi ini. Tidak kiralah samada kerosakan pada sumber alam mahupun manusia itu sendiri. Apabila kita alpa dengan pembangunan yang pesat sampai habis khazanah alam hampir musnah, macam mana alam tidak mengamuk.

Ini menunjukkan petanda akhir zaman di mana banyaknya kejadian bencana alam berlaku. 'Dah x lama lagi lah tu...'. Apa lagi yang kita tunggu, takkan kita nak orang yang tiada pengisian jiwa mengubah dunia ini. Mana hilangnya tugas yang Allah bagi kepada kita? Sebagai seorang yang islam yang beriman, kitalah yang sepatutunya mengubah dunia ini menjadi kembali normal. Walaupun kita tahu kiamat sudah dekat, tetapi seperti yang diucapkan seorang Nabi yang mulia bahawa islam akan bangkit semula sebelum terjadinya kiamat.

Di sini saya ingan merungkai sedikit dan berkongsi 40 akhlak yang bakal mengubah dunia:

  1. Meninggikan budi pekerti sebagai insan yang mulia
  2. Membenci kejahatan
  3. Jauhkan penyakit hati (dengki, riak, dll)
  4. Bersikap merendah diri
  5. Hindari takabbur
  6. Hindari doa orang yang dizalimi (jangan zalimi orang)
  7. Menghati dan mengamalkan pesanan Rasulullah (sunnah)
  8. Tinggalkan perkara yang meragukan (bukan pada makanan sahaja)
  9. Berlaku adil terhadap yang muda
  10. Mengukuhkan persaudaraan sesama islam
  11. Menyebarkan salam
  12. Menghormati perempuan
  13. Menundukkan pandangan
  14. Larangan berjabat tangan antara bukan muhrim
  15. Cinta yang tulen (antara suami dan isteri)
  16. Menghormati tetamu
  17. Banyakkan bersedekah
  18. Cari rezeki yang halal
  19. Mengikut pandangan hati, bukan pandangan nafsu
  20. Takut kepada yang selayaknya
  21. Banyakkan berfikir (seperti Imam Syafi'e)
  22. Cintai dan suka kebaikan
  23. Ingat Allah masa senang, bukan hanya pada waktu susah
  24. Tinggikan sifat malu dalam diri
  25. Menuntut ilmu (memudahkan jalan ke syurga)
  26. Tidur secara berhikmah
  27. Teguh pada pendirian
  28. manfaatkan ilmu
  29. Gemar akan seni yang tidak melalaikan
  30. Sentiasa memuji dan membesarkan Allah
  31. Sabar
  32. Utamakan sikap tolong-menolong
  33. Ikhlas dalam setiap pekerjaan
  34. Jaga kesihatan
  35. Jaga kebersihan
  36. Tinggikan ilmu di dada
  37. Pemurah
  38. Cintakan kedamaian
  39. Menjadikan hati sebagai raja
  40. Doa, senjata orang mukmin
diadaptasi daripada buku '40 Akhlak Yang Mengubah Dunia' oleh Abu Qamar Salahudin