BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 14, 2010

Dia Kekasih Allah

Kau datang membawa sinar cahaya yang menerangi hati-hati yang yang gelap. Di kala arab ketika itu ketandusan dengan pegangan hidup yg baik. Tiada kitab petunjuk, tiada nabi (sebelum ketibaan Baginda) dan hidup tanpa hala tuju. Wanita ditindas, yang kuat menindas yang lemah, berzina, judi minum arak...

Namun, setelah datangnya Penghulu semua nabi, sumenya berubah. Bak kata Michael Jackson, Heal The World. Dia datang membawa perkhabaran dari Allah, cahaya yang tidak nampak pada zahirnya, tetapi tersangatlah terang untuk hati-hati yang menginginkannya. Dalam satu hadis menyebut, cahaya semasa kelahiran Baginda menerangi seluruh alam, tetapi hanya boleh dilihat dengan mata hati.

Agama islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad, telah mengangkat darjat wanita. Kaum ini tidak lagi ditindas malah diangkat oleh Rasulullah. Tiada lagi sifat asshobiah dalam diri penganutnya dan konsep semua orang adalah sama kecuali yang bertaqwa.

Segala perbuatan, percakapan dan tindakan nabi amat sesuai diikut, malahan mendapat pahala bagi sesiapa yang mengamalkannya. Dari perkara yang kecil sehingga yang besar, semua terdapat pada Baginda dan molek sungguh jika dicontohi.

Sepatutnya, tiada siapa yang layak untuk dijadikan idola di hati kita melainkan Rasulullah. Ini kerana Baginda adalah sebaik-baik manusia. Firman Allah, "Dia (Muhammad) diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Bahkan orang bukan islam sendiri mengakuinya. Michael H. Hart telah meletakkan Baginda sebagai tokoh yang paling berpengaru di dunia ini. Tetapi mengapa ada lagi orang islam yang tak menjadikan Baginda sebagai idola, malah mereka ini menjadikan artis sebagai idola mereka. Mana islam tak runtuh, orang islam sendiri tidak menyanjungi pemimpin no 1 islam n dunia ni, apatah lagi nak mengikut jejak langkahnya, jauh sekali. Nabi Muhammad telah dibedah oleh malaikat untuk membersihkan hatinya, mengapa kita perlu ragu-ragu dengan segala tingkah-laku nabi. Siapalah kita untuk cuba tidak mengakuinya.

Jika kita sebagai umat Muhammad tak mengikut Baginda, siapa lagi? Dalam kalimah syahadah, kita telah mengakui, "aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu utusan Allah". Kalau kita mengakui, mesti kita ikut jejak langkah Baginda walaupun kita tahu yang kita tidak mungkin dapat menjadi seperti Rasulullah, tetapi berusaha ke arah itu pun sudah baik.

Saya yang menulis ni belum tentu bagus untuk ceritakan soal ini. Tapi saya merasakan setiap orang ada tanggungjawabnya sebagai umat Muhammad dan ini salah satunya.

Tidakkah kita berasa sedih, tatkala nyawa Baginda hendak ditarik, Baginda masih lagi mengenangkan nasib umat Baginda. Seboleh-bolehnya baginda ingin menanggung segala kepedihan sakaratul maut yang akan dihadapi oleh umat Baginda, akan tetapi tidak boleh.

Kita yang mengaku sebagai umat Baginda tidakkah terasa ada tanggungjawab yang perlu kita pikul dalam menghadapi masa akan datang?

Nabi bersabda, "Islam itu mulanya dibawah (pelik), pertengahannya atas (terkenal) dan akhirnya kembali kepada yang asal (pelik)"

Dan ada satu lagi hadis yang mengatakan siapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kalangan orang ramai tidak melakukannya, dia akan mendapat 70 kali ganda pahala. Apa rasanya hikmahnya ek? Ini kerana dunia akhir zaman ni lagi banyak cabaran dan dugaannya. Barangsiapa yaang sabar dan melakukan amal soleh, maka dia akan mendapat ganjarannya.

Sebagaimana yang telah diperkatakan Nabi sebelum Baginda sakit, fitnah telah datang. Bukankah kita boleh kaitkan dengan dajjal laknatullahi alaik, bahawa ia akan menyebarkan fitnah yang sungguh dahsyat dalam kalangan manusia akhir zaman kelak...

Fikir-fikirkanlah rasionalnya kita sebagai umat Rasulullah yang mulia. Sentiasalah rasakan kita mempunyai tanggungjawab menyelamatkan agama islam ini.

0 comments: