Sudah tiba masanya untuk aku meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. Cuti selepas 'exam' SPM amat bermakna bagiku. Cukup bermakna. Suka, duka, dugaan, cabaran ketika cuti ini akan tersemat sebagai sebuah pengalaman berharga yang tidak mungkin akan kulupai. Bermulanya tarikh 17 Disember 2009 sehinggalah 28 Februari 2010, aku menempuh pelbagai mehnah kehidupan yang menjadikan aku, insan yang semakin mengenali apa erti kehidupan.
Dalam kerja pun, seseorang akan mendapat 'advantage' sekiranya mempunyai pengalaman dalam pekerjaan tersebut. 'Pengalaman mengajar erti kehidupan', aku amat bersetuju dengan ungkapan tersebut. Tidak kira yang baik mahupun yang buruk, semuanya mempunyai hikmah tertentu disebalik kalimah pengalaman itu.
Hari demi hari aku meniti kehidupan ini, terasa sudah sifat kematangan yang muncul dalam diriku. Bergaul dengan masyarakat yang pelbagai, daripada yang kecil sehinggalah yang sudah berumur. Menghadapi kerenah orang dewasa dan melayani permasalahan si kecil.
Hidup ini tidak bererti sekiranya diri kita tiada manfaat untuk orang lain. Dan setiap yang memberi manfaat (pertolongan) kepada orang lain, bermakna ia telah menyahut seruan Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas Baginda, ahli keluarga dan para sahabat), "Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia yang lain". Hidup ini bukannya kita seorang sahaja, jadi bantu-membantulah (dalam kebaikan) sesama insan. Firman Allah, "...dan bantulah-membantulah (sesama kamu) dalam kebjikan dan takwa...".
Allah itu Maha Adil, pasti setiap kebajikan dan kebaikan yang kita lakukan yang ikhlas keranaNya, akan dibalasinya tidak kira di dunia ataupun akhirat. Akan tetapi, kita yang sebagai hambaNya ini, tidak layak untuk mempersoalkan tentang pahala dan ganjaran yang akan Allah berikan. Berserah semuanya kepada Allah, jangan kita lakukan sesuatu kerana ganjaran dariNya, tetapi buatlah sesuatu kerana Allah.
Cuti aku yang telah berlalu, menjadi titk permulaan untuk aku mengharungi dunia ini sebagai seorang remaja yang matang dari segi pemikiran, mahupun tindak-tanduknya. Terima kasih kepada semua yang telah menjadi "teman dalam cuti". Yang baik dijadikan amalan, yang buruk dijadikan sempadan. Telitilah setiap perkara yang kita ingin lakukan, fikirkan adakah kebaikan mengatasi keburukan, atau sebaliknya. Itulah sepatutnya tersemat dalam pemikiran setiap insan yang mengaku dirinya sudah matang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam tempoh 2 bulan (lebih kot), aku menjaga 'baby' yang merangkap anak buahku (anak along), sungguh menyeronokkan. Walaupun banyak kerenah, tetapi itu semua menjadi penyejuk mata tatkala diri dihurung masalah. Sedih rasanya untuk meninggalkan Sofiyyah yang sudah lama dijaga olehku. Pasti hari-hari selepas ini tidak seceria cuti ini kerana senyuman bayi itulah merupakan perkara yang paling 'best' bagi aku. Walauapapun, perjuangan hidup mesti diteruskan.
Tiada apa yang menyedihkan selain daripada apa yang menyedihkan Rasulullah dan apa yang memurkakan Allah. Jadi, marilah bersama-sama kita menjauhkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara sedemikian.
Akhir kalam sebelum menyambungnya di masa yang lain (tak tau bila nak blogging lagi lepas ni), buatlah sesuatu yang bermanfaat bagi kita dan orang lain, sebleh-bolehnya cuba elakkan daripada menyakitkan hati orang lain atau menyinggung perasaan orang lain.
"Jadilah orang yang disayangi Rasulullah dan elakkanlah daripada menjadi orang yang dibenci Rasulullah kerana sesungguhnya Rasululllah masih hidup dan sering melihat perbuatan umat Baginda, cuma berpisah jasad sahaja"
0 comments:
Post a Comment