"Amirin, nak jadi fasi x?" arif tanya aku. "Boleh jugak, ambik pengalaman," kataku. Hari demi hari berlalu. Tarikh yang arif cakap pasal program tu dah tiba. Tapi ayah 'last'2 minit cakap ayah nak g buat 'road tax' tuk kete along. "Siapa nak jaga sofiyyah?" ayah tanya. Aduh, serba salah pulak aku. Seboleh-bolehnya, tak nak la susahkan ayah. Tapi lepas doa solat subuh kat surau, hatiku berkata, "pergilah amirin, kau bukan nak susahkan ayah kan? Tapi hakikatnya, ramai di luar sana memerlukan pertolongan kau. Kalau bukan kau, siapa lagi?"
Balik je dari surau, aku cakap kat ayah, "Alin pergilah hari ni, ok ek?" dengan nada yang agak perlahan. Lagipun ateh ada kat rumah. Tapi ayahku kurang 'confident' kat ateh. "Takpelah, kang biar ateh jelah jaga," ayah jawab. Alhamdulillah, kalau tak tadi aku nak telefon arif, nak batalkan je. Allah izinkan aku pergi. Pagi tu mama hantarku ke rumah arif. Awal tu, kul 7.20 am, mama nak g kerja. Takpelah, ikut mama jelah. Ingatkan hari tu nak puasa, tapi tengok mama dah masak sarapan pagi, sanggup bangun awal(sebab mama ingatkan aku x nak puasa). Makan jelah, mana lagi baik, menyenangkan hati ibu atau puasa sunat lebih bagus? Pikirlah sendiri.
Pukul 7.25 am aku sampai di rumah arif. Mama siap bagi top up lagi tuh(selalu sangat dah). "Tq mama'" ucapku pada mama yang kusayang sambil mencium pipinya. Sampai rumah arif, dia suruh masuk, duduklah sambil revise apa yang patut(takut terlupa kang). pastu dia ajak makan pulak tuh. Dalam hatiku, "kenyang lagi ni". Takpelah, sekadar rasa untuk menjaga hati tuan rumah. dan dan tu pulak 'member' arif yang mengajak tu sampai. Umar, budak KISAS. Dia bawak kete (ditemani abang dan adiknya). Tumpanglah dia sampai sekolah Seremban Jaya. Bermulalah pengalaman yang baru......
Mula-mula hanya kitorang bertiga yang sampai dulu (arif, umar dan aku). Bersalaman dengan Ustaz Hazrie (Pensyarah UKM), penceramah pagi tu. Memang dugaan lah pagi tuh. Dengan suraunya yang kipasnya sangat tak memuaskan (perlahan giler). Duduk jelah dalam surau tu. Pastu sume plug x leh guna lak tu. Ustaz Hazrie nak buat presentation pakai komputer. Aiyoyo. "Sekolah kerajaan pun camni jugak ke, padahal banyak dapat peruntukan," bisik hatiku. Astaghfirullah, mengutuk je. Tolong tak nak, komen pandai.
Setelah satu jam denagan pelbagai usaha dibuat, akhirnya LCD n laptop berjaya di'on'kan. Tapi Ustaz Hazrie ceramah rilek je. Dalam menunggu tadi jugaklah, fasi2 yang lain datang. Akmal, budak SBP jempol. Pastu Faiz, budak SDAR (nampak cam otai je, muka tido lak tu). Astaghfirullah, kutuk lagi. Pastu Fathi pulak sampai, budak SHAMS. Semua fasi telah sampai(termasuklah fasi pompuan). "Aik, budak dua orang ni lagi, mana2 jumpa diorang je," kataku apabila nampak 'member' sekolah rendah dulu, Awatif dan Shafiqah. Kat akademi memandu, jumpa diorang gak. Masa jumpa kat As-Sai'diyyah, jumpa diorang gak. Ah, apa-apaje, tak penting, yang pentng aku kene focus jadi fasi.
Selesai je ustaz bagi ceramah, dalam kul10 lebih, ada minum pagi, masa tulah kitorang (fasi lelaki) berkenalan. Dari pelbagai sekolah, maka pelbagailah citenya. Lepas rehat, sesi cermah Ustaz Azman. Tapi, lepas je semua masuk balik, cikgu kata Ustaz Aman cancel. Cikgu tu mintak sorang ketuai program ni. Akmal 'volunteer' jadi ketua. Bagus la dia nih, kalau x sape nak jadi. Cara dia cakap pun macam dah berpengalamn je. Memang patut pon. Mula dengan pembahagian group. Aku dapat group no 2.
Lepas tu, dibiarkan fasi bersama group sendiri. Kena tasmi' bacaan sembahyang diorang. Sebaik budak form 1 je. Senang sikit. Aku mula dengan ta'aruf dulu. Aku perkenalkan diri, pastu budak2 group aku pulak. Haziq, Adib, Asyraf, Lukman, Amir Daniel, Hafizi dan Aidil. Macam kerenah, yelah, pahamlah budak2 sekolah biasa. Niat di hati mahu tengok budak2 ni berjaya sambil tidak lupa akan Pencipta mereka. Semua reti baca jawi kecuali dua orang, Haziq dan Daniel. Tapi bila aku ajar Haziq, kejap je dia dapat tangkap, lepas tu siap dapat hafal. Tabik la dia ni, bijak tapi kalau tak kene tempatnya, rugilah islam. Si Amir ni pulak memang tak boleh baca langsung, dah ajar pun payah jugak, tapi last2 dia dapat baca, cuma tak dapat hafal. Alhamdulillah, semua selesai tasmi' bacaan solat depan aku (kecuali amir daniel). Aku buat gaya2 santai, biar diorang tak boring (kene pandai memahami orang, agar orang memahami kita).
Habis je sesi 1, rehat makan tengah hari. Aku baring jap, letih. Kitorang (fasi2) berkumpul. Lepas tu kami diajak untuk menjamu selera di kantin (special sikit). Berjalan dengan Arif, Fathi dan Umar. Yang dua orang lagi tu dah g dulu. Samapai kat kantin sume menunggu. "Lah, apsal tak makan lagi?" aku tanya kat budak dua orang tu. "Tunggu koranglah, makan sama-sama," Akmal jawab. Makanlah sama-sama fasi laki dan pompuan atas satu meja panjang. Hidangan yang menyelerakan. Jus oren, tembikai, nasi, ayam masak merah, sayur campur dan ikan masin. Yang paling menarik, jus oren lah, tapi tu yang paling.... uwek, masam giler.
Selesai makan , pergi solat berjemaah zohor di surau. Lepas selesai semuanya, sambung la sesi 2, praktikal solat. Sesi ini dibawa oleh Arif sambil fasi2 lain menunjukkan kepada group. Macam2 cara diorang sembahyang. Aiseh, "kalau diorang tak datangla, camnelah ek?" detus hatiku. Semuanya atas hidayah dari Allah. Setelah ditunjukkan cara2 solat, barulah mereka nampak gambarannya (sebab ada yang jarang2 solat). Pastu setiap group kene ulang balik buat praktikal, tapi ikut grouplah. Group aku, aku suruh diorang buat sorang2. Tapi x abis, tiga orang je. Janji diorang nampak gambaran.
Habis je tu, ajar diorang ambil wudhu'. Step by step. Sebab diorang tau sebenarnya, tapi buat cincai je. Jadi aku tunjuklah. Bertiga-tiga. Kecuali Haziq, special kes. Dia buat sorang2 je, sebab dia ni banyak mulut sikit, bukan jahat, tapi nakal la, pandai menjawab. Tapi, dialah yang paling menghiburkan dengan asyraf dan adib. Diorang yang buat group aku happening. Best la. Selesai berwudhu', aku ajar diorang doa lepas ambil sembahyang. Dan aku ajar diorang tayammum. Ada sorang yang cam banyak tau sikit, Hafizi (tengok pun cam budak pandai je). Lepas tu abrulah aku berborak dengan diorang, nak rapatkan lagi ukhuwah. Macam2 cite la aku dengar. Sampai aku suruh diorang tanya apa yang patut kat aku, diorang tanya aku ada awek ke belum, ada ke patut..."Single lagi lah" macam2 budak ni. Pastu diorang tanya lak PMR, aku cakap dapat 1 b. Diorang x caya. Aku cakap kat diorang last2 kang abang bagi tau. Sambil2 menunggu untuk habis, aku berborak a dengan diorang. Bila ustazah dah angkat mikrofon, baru aku bagi tau pmr aku. Diorang terkejut, tapi aku cakap, ini takkan bermakna jiwa dan hati kosong, tiada pengisian rohani. Barulah diorang diam, yang sejak dari tadi tak pernah diam.
Upacara penyampaian penghargaan dan ucapan wakil fasi laki dan pompuan. Akmal bagi lelaki dan Awatif bagi pompuan. Awatif cakap macam berpidato. Budak-budak aku la yang paling kuat pressure (aku la yang suruh), jahatkan? Yang paling kuat, Haziq, yelah budak paling becok sekali. Malu dalam gembira aku. Asik2 budak2 aku yang bising, pastu semua pandang. Akulah yang malu. Tapi takpe, aku bangga dengan sifat bernai diorang bersuara. Diorang pressure bukan cane pun, diorang jawab kuat2. Haha. Akhirnya, bila time penyampaian penghargaan, bila nama aku disebut, aku mendapat tepukan yang paling kuat. Bangganya. Diorang berbisik sesama diorang(budak2 group aku), "Bila time abang khairul je kita tepuk kuat2". Aku agak sebab aku ni sporting kot, tu yang diorang suka kat aku.
Anyway, aku ucap time kasih la kat sume fasi n budak2 group aku sebab bagi kerjasama w/pun berterabur. Ni la pengalaman pertama jadi fasi dan menjadi pengalaman yang paling bermakna dalam hidup aku.
"Hidup ini, biarlah kita meninggalkan sesuatu yang apabila diajarkan ia akan berterusan pahala mengerjakannya"